UMNO 2012
menu Muka Depan Terkini Berita Rencana Foto Video

9 pemimpin Sabah menang tanpa tanding

Kota Kinabalu: Sembilan pemimpin utama di negeri ini menang tanpa bertanding pada pemilihan bahagian selepas proses pencalonan di Bangunan UMNO negeri di sini, berakhir jam 5 petang semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengekalkan jawatan Ketua UMNO bahagian Libaran manakala Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin kekal menerajui UMNO Putatan.

Tiga menteri dalam Kabinet Sabah turut menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua bahagian iaitu Datuk Masidi Manjun (Ranau), Datuk Hajiji Noor (Tuaran) dan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (Tawau), manakala Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Sapawi Ahmad mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Sipitang. Turut memenangi jawatan tanpa pertandingan ialah Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Shirlin (Naib Ketua Wanita UMNO Papar) serta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Timbalan Ketua UMNO Tuaran).

Dua lagi penyandang ketua bahagian iaitu Datuk Rubin Balang (Tenom), Datuk Faisal Diego (Kota Kinabalu) turut mempertahankan jawatan tanpa pertandingan.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bakal berdepan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Harman Mohammad dan Nixon Abdul Habi dalam usahanya mempertahankan jawatan Ketua UMNO Semporna.

Seorang lagi Menteri Persekutuan yang menerima tentangan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bagi jawatan Ketua UMNO Kimanis yang dicabar Matli Ayub.
Ucapan penggulungan Presiden UMNO - Bahagian 1