Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata dakwaan pemilihan pembekal AES dilakukan secara tidak telus adalah cubaan untuk menimbulkan persepsi serta memburukkan imej kerajaan.
Disaksikan SPRM
“Ujian itu disaksikan oleh pemerhati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, semalam.
Abdul Rahim berkata, hasil ujian itu, jawatankuasa teknikal dan penilaian AES merumuskan dua syarikat iaitu ATES yang menggunakan teknologi Jenoptik Robot Germany dan BETA TEGAP menggunakan teknologi Redflex Australia melepasi kriteria.



