AS, Vietnam bersihkan kimia perang
Amerika Syarikat dan Vietnam memulakan kerja membersihkan kawasan markas tentera udara Danang daripada bahan kimia ‘Agent Orange’ yang digunakan askar asing itu dalam perang pada 1960-an. Gambar menunjukkan seorang wartawan mengambil gambar dekat papan tanda amaran menyatakan kawasan itu dicemari racun dioksin dan melarang sebarang kegiatan bertani atau menangkap ikan.
Foto satu lagi menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki kena bahan kimia berkenaan. Mangsa itu, Nguyen Thi Hong Van ditemui wartawan
di rumahnya dekat lapangan terbang Danang. - Foto REUTERS