header

Abdul Aziz angkat sumpah ADUN, Khamis ini

KOTA BHARU: Calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil minggu lalu, akan mengangkat sumpah sebagai ahli dewan yang baru pada persidangan DUN Kelantan, Khamis ini.

Abdu Aziz berkata, beliau sudah menerima surat dari Speaker dewan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang memaklumkan perkara berkenaan.

Majlis tersebut akan diadakan pada jam 9 pagi, Khamis ini di Pejabat Kerajaan Negeri, Kota Darulnaim, katanya hari ini. Pada pilihan raya kecil Khamis lalu, Abdul Aziz menang dengan majoriti 1,190 undi, mengalahkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.

BN kini mempunyai tujuh kerusi dalam DUN Kelantan manakala PAS 37 kerusi dan satu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). - BERNAMA
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas daripada Barisan Nasional (BN) yang baru, Ab Aziz Yusoff mengangkat sumpah dihadapan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas memenangi kerusi DUN Galas di Sidang DUN di Kota Darul Naim Kota Bharu pada 11 November 2010. - Foto Syamsi Suhaimi
Nov 15, 2010 2:52 pm
PEGAWAI Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya, Wan Mustapha Abdul Hamid mengisthiharkan kemenangan kepada Adun baru Galas, Ab Aziz Yusoff di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sivik Gua Musang, semalam. - Foto Fathil Asri
Nov 15, 2010 2:51 pm
DATUK Mustapa Mohamed meninjau di pondok panas penyokong Barisan Nasional, di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang, hari ini. Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:51 am
ORANG asli Pos Hendrop mula keluar menunaikan tanggungjawab mereka mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Hendrop. - Foto Zaman Huri Isa
Nov 4, 2010 11:45 am
ORANG asli Pos Hendrop membuat semakan nama mereka untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Hendrop. - Foto Zaman Huri Isa
Nov 4, 2010 11:43 am
PENGUNDI membuat semakan di kaunter SPR, di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang pada pilihan raya kecil Dun Galas, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:31 am
ALIRAN trafik berhampiran Pekan Baru Gua Musang kelihatan sesak sempena berlangsungnya Proses Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas, hari ini. - Foto Yazit Razali
Nov 4, 2010 11:25 am
PENGUNDI awal pagi beratur di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang pada pilihan raya kecil Dun Galas, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:20 am
PRESIDEN KAFA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) bersama Calon Barisan Nasional (BN) DUN Galas, Ab Aziz Yusoff (kiri) meraikan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan memenangi Piala Malaysia bersama peminat dan rakyat Gua Musang di Dataran Kesedar, Gua Musang, Kelantan, tengahari tadi. - BH Online
Nov 1, 2010 6:14 pm
KETUA Puteri Bahagian Tumpat, Nik Fatimah Nik Salleh (depan) bersama petugas puteri UMNO Tumpat dan masyarakat orang asli ketika berkempen di Kampung Sangwai, Lojing, Gua Musang, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Oct 30, 2010 11:44 pm

Bela golongan muda, Orang Asli: Ku Li

Pautan Berkaitan