Minggu ini adalah inspirasi buat kami: Shelvey

London: Liverpool ada 96 sebab memastikan minggu ini diwarnai kemenangan dan bukan terus dipalit kekalahan. Ia mungkin berlaku dalam tempoh 100 tahun membuka musim tanpa satu kemenangan dalam empat perlawanan. Namun anak buah Brendan Rodgers tentunya tidak mahu pulang tangan kosong daripada setiap pertembungan, sama seperti kempen keadilan untuk mangsa yang terkorban di Hillsborough skuad Liverpool juga berjuang tanpa henti untuk menang.


Selepas mempamerkan aksi yang semakin meningkat, pemain tengah, Jonjo Shelvey melaungkan kata semangat ke dalam kem pasukan. Tidak ada alasan untuk membenarkan kekalahan. Steven Gerrard sentiasa mempunyai kata-kata semangat sebelum sepak mula, dan dia mempunyai banyak lagi untuk kali ini.

Menang untuk penyokong

Bos adalah yang sama. Mesejnya adalah terus berjuang dan lakukannya untuk penyokong Hillsborough, yang mana 96 daripadanya terbunuh, mesej itulah disampaikan kepada pasukan.
Apa yang terjadi minggu ini adalah inspirasi buat kami. Penyokong Liverpool berjuang bertahun lamanya untuk meraih keputusan serta kami mahu melakukannya untuk mereka, sejak perlawanan pertama, katanya.

Joe Allen, 22, selaku pemain muda dalam pasukan yang belum lahir ketika pembunuhan beramai-ramai di Selatan Yorkshire, 23 tahun lalu juga senada dengan Shelvey.

Ia adalah minggu sukar untuk semua yang terbabit. Kami ingin muncul di padang demi peminat. Kami gagal meraih tiga mata, ia mengecewakan.
Agensi