Ada isyarat pesawat berpatah balik
Kuala Lumpur: Kehilangan pesawat MH370 terus diselubungi misteri apabila ada isyarat pada radar menunjukkan ia berpatah balik menghala Kota Bharu pada jam 2.40 pagi hari kejadian kelmarin.

Menurut sumber, ia dikesan menara kawalan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterworth serta bilik kawalan beberapa kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawasi keselamatan kawasan Laut China Selatan serta Unit Kawalan dan Pengawasan Trafik Udara Singapura.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan pesawat berpatah balik ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dilaporkan hilang dari radar.




Kesan pergerakan

“Radar tentera ada mengesan pergerakan pesawat berpatah balik dan menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang,” katanya dalam sidang media di Pusat Penyelaras Operasi, di Sepang semalam.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kerosakan yang memaksa pesawat berpatah balik.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini