TANAH MERAH: Seorang pemimpin politik bahagian Tanah Merah berusia 54 tahun ditangkap khalwat bersama gadis bawah umur di sebuah hotel di jajahan ini, kelmarin.
Lelaki itu ditahan bersama gadis berusia 16 tahun ketika serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEIK) Tanah Merah bersama lapan penguat kuasa diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga jam 1.30 pagi.
Difahamkan lelaki itu keluar dari bilik selepas penguat kuasa JHEIK mengetuk bilik berhampiran sehingga menimbulkan curiga.
Berikutan itu, penguat kuasa memeriksa bilik lelaki terbabit dan terkejut apabila mendapati seorang gadis belasan tahun dalam keadaan berkemban.
Dia bersama pasangannya dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut selepas gagal mengemukakan dokumen sah mengenai status mereka ketika berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.
Selepas keterangan diambil, kedua-duanya dijamin seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 18 Mei ini.
Pihak berkuasa turut menahan pasangan lelaki dan wanita yang bukan muhrim dalam bilik hotel berkenaan.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
nur
ni ke pemimpin yang blh djdkan ikon kepada rakyat..
Halimie84
Dunia akhir zaman dan dunia nk kiamat, maksiat semakin teruk, halal dan haram bercampur, tak dapat nak beza baik dan buruk, kerana jahil dan iman lemah..bertaubatlah sebelum mati..
nur
ni ke pemimpin yang blh djdkan ikon kepada rakyat..
mursyidul am
astaghfirullahalazim...umo da bole pggl atuk...geleng kpla..
goliden
astaghfirullahalazim, bawak-bawaklah bertaubat,umur pun dh lanjut
zaidah
tak agak2 ke, dah tua 2, Ahli politik pulak 2. X ingat mati ke. Org2 x cerdik memang mcm 2, ingat mati.Buat 2 bertaubatlah dah tua2 2.
mak cik
dedahkan siapa ahli politik ni
Wan
Jadi Ahli politik untuk kejar kemewahan duniawi,ketiadaan wawasan disebabkan oleh tiada ilmu,jahil dan taksub kepada keseronokan dunia yang melampaui batas dan tanggung jawab kepada manusia, Allah dan Kenegaraan.
astghfirullahalazim...dunia sudah terlalu tua..
aku
bwh umur tu... mcm mana la nk pimpin masyarakat kalu perangai mcm ni
muzammil bin amir hamzah
inilah perangai manusia diakhir zaman ini