Anak Madonna berlakon filem bapa
ANAK Ratu Pop, Madonna, Lourdes, 15, mungkin ditawarkan berlakon dalam filem garapan bapanya, Carlos Leon.
Khabarnya, Leon berhajat menawarkan watak yang sesuai untuk anaknya dalam filem komedi, Thinking With Richard yang sedang menjalani penggambaran di New York.
Jika sebelum ini, Lourdes yang hampa apabila Madonna enggan membenarkannya berlakon dalam filem period, W.E arahannya yang menyaksikan diva itu memenangi Anugerah Golden Globe bagi Lagu Terbaik - Masterpiece, kali ini peluang terbuka di depan mata.
Rakan Leon memberitahu, bapa dan anak itu akan menghabiskan masa bersama bagi meraikan hari jadi Leoon yang ke-46 dan sudah memberitahu anak remajanya itu mengenai tawaran berkenaan.
“Lourdes suka berlakon dan nampaknya dia tak sabar-sabar menuju ke set,” kata rakan itu.
Lourdes yang memiliki wajah saling tak tumpah macam Madonna, ketika ini menolong ibunya dalam konsert jelajah MDNA sebagai pembantu pakaian.