header

Analisis: BN terjemahkan janji dengan projek, pembangkang kosong

SEHINGGA lewat petang semalam iaitu beberapa jam sebelum tempoh kempen berakhir, saingan dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu, lebih menyaksikan pertarungan antara calon Barisan Nasional (BN) dan DAP masih
sengit dengan jangkaan peluang tidak lari daripada 50-50.

Calon BN, Robert Lau Hui Yew, 45, dan lawannya daripada DAP, Wong Ho Leng, 49, memanfaatkan hari terakhir kempen dengan menggempur kawasan bandar yang majoriti didiami pengundi Cina, selain perkampungan berhampiran didiami pengundi Melayu/Melanau. Pemimpin parti masing-masing pula membantu kedua-duanya menggempur penempatan agak jauh termasuk rumah panjang yang menempatkan pengundi Iban di sepanjang Sungai Rajang, sungai terpanjang di negara ini yang menyaksikan pergerakan bot begitu sibuk dengan petugas kempen sejak seminggu lalu.

Namun, calon Bebas, Narawi Haron, 60, sekadar bergerak dari rumah ke rumah, kebanyakannya tertumpu di kawasan perkampungan Melayu/Melanau sambil menaiki kereta Proton Waja hijau tua, dengan ditemani hanya tiga orang, seorang pemandu, serta pencadang dan penyokongnya pada hari penamaan calon 8 Mei lalu, sambil membawa mesej mudah 'beri peluang kepada orang Melayu menjadi Ahli Parlimen' (merujuk kepada tiada Ahli Parlimen Melayu di Sibu).

Kemuncak kempen malam tadi menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjejakkan kaki sekali lagi ke bandar Sibu membantu calon BN untuk kali kedua ketika tempoh berkempen dan ketiga sepanjang 15 hari itu.
Perdana Menteri turun padang di kawasan pengundi Cina paling ramai di Taman Rajang pada jam 8 malam sebelum ke Gerbang Sibu sejam kemudian.
Seterusnya Najib melakukan tinjauan mesra di Kampung Hilir dan menghadiri majlis Mesra Rakyat di Kampung Nangka, sebelum berlepas pulang ke ibu negara pada tengah malam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga tiga kali berulang alik membantu kempen calon BN sehingga lewat malam kelmarin dan dijadualkan datang semula ke Sibu buat kali keempat petang ini, terus melawat pusat mengundi di SMK Kampung Nangka dan SK Perbandaran Sibu No 3, serta dijadualkan akan bersama-sama calon BN menunggu keputusan pengundian pilihan raya itu sebelum berlepas pulang.

Sementara di pihak pembangkang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, semalam menemui pengundi di kawasan bandar Sibu, manakala Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, pula pergi ke beberapa rumah panjang.

Selain Anwar, isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah, turut berkempen, selain anak beranak Lim Kit Siang dan Guan Eng turut 'berkampung' di Sibu dan pemimpin Pas seperti Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali serta Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar.

Selama lapan hari pengundi di kawasan Parlimen Sibu disajikan dengan pelbagai isu dan janji oleh pihak bertanding.

Membawa slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' calon BN lebih banyak menjelaskan dasar dan program kerajaan termasuk konsep 1Malaysia, Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKRA), Model Ekonomi Baru(MEB) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), selain memberi jaminan meneruskan pembangunan dan turut menangani segera masalah yang disuarakan rakyat.

Namun, calon pembangkang mendendangkan slogan 'Jom Ubah' lebih banyak melakukan serangan peribadi terutama terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selain cuba mengimport isu nasional ke Sarawak dan mengeksploitasikan isu tempatan terutama masalah banjir dan isu tanah.
Turut didendangkan pembangkang ialah isu royalti minyak, isu rasuah dan kronisme.

Rata-rata isu yang dibangkitkan pembangkang berjaya dipatahkan jentera BN, misalnya isu banjir sebenarnya sudah lama ditangani kerajaan, termasuk dengan pelaksanaan projek tebatan banjir bernilai RM300 juta sejak tahun lalu, iaitu sebahagian daripada projek menangani banjir bernilai RM1 bilion yang akan dilaksanakan di Sibu.

Begitu juga isu tanah penduduk tempatan, selain rundingan masih berjalan antara kerajaan negeri dan penduduk tempatan, pengumuman Abdul Taib, kelmarin memperkenalkan kadar sama rata bagi bayaran pembaharuan pajakan tanah di Sarawak, sekali gus mematahkan serangan pembangkang.

Malah setakat 30 April lalu, kerajaan menerusi Jabatan Tanah dan Survei sudah pun meluluskan 84 peratus atau 21,361 daripada 25,532 permohonan pembaharuan pajakan tanah, sedangkan cuma 12 peratus lagi masih diproses dan empat peratus ditolak mengikut Seksyen 47 Kanun Tanah Negeri.

Pengumuman Taib malam kelmarin bakal menyaksikan penurunan kadar bayaran premium lebih 50 peratus mulai 1 Jun ini, sekali gus menjadikan Sarawak negeri
mengenakan kadar paling rendah, malah jauh lebih rendah berbanding negeri ditadbir pembangkang termasuk Pulau Pinang dan Selangor.

Ketika pembangkang lebih banyak membangkitkan isu tanpa menjanjikan sebarang projek pembangunan konkrit, BN pula menterjemahkannya dalam bentuk peruntukan dan projek pembangunan yang sudah, sedang dan akan terus dilaksanakan.

Justeru, pada hari ini terpulanglah kepada 54,695 pengundi berdaftar di Sibu untuk menentukan siapa calon pilihan mereka, yang akan mewakili rakyat Sibu sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.
PETUGAS BN mencabut bendera dan poster di Bulatan Brooke, Bandar Sibu selepas pilihan raya kecil Parlimen Sibu berakhir semalam. - Foto Rosdan Wahid
May 17, 2010 9:42 am
CALON Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng selepas beliau diumumkan memenangi kerusi Parlimen Sibu di Dewan Suarah, Sibu. - Foto Aizuddin Saad
May 17, 2010 9:39 am
PEGAWAI Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng (kanan) mengumumkan calon DAP, Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu dengan kemenangan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil P.212 Sibu di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 11:43 pm
PETUGAS SPR menyusun peti undi yang sudah dikira di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu pada pilihan raya kecil P.212 Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 9:42 pm
PETUGAS SPR menjunjung peti undi yang sudah dikira untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu pada pilihan raya kecil P.212 Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 7:09 pm
PETUGAS SPR menjunjung peti undi yang sudah dikira untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu pada pilihan raya kecil P.212 Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 7:07 pm
PENGUNDI Rumah Unjah Anak Besh terpaksa meredah banjir menaiki pacuan empat roda sejauh 3 kilometer menuju ke Pusat Mengundi, SK Tanjung Bekakap, Bawang Assan. - Foto Ghazali Bujang
May 16, 2010 3:25 pm
Subeng Akon, 78, dibantu oleh pegawai SPR, Nurul Farhana Syahaera Johan, 20, yang terpaksa meredah banjir untuk mengundi di Dewan Masyarakat dan Perpustakaan Desa. (Gambar bawah) Pengundi Bawang Assan yang terpaksa meredah banjir untuk mengundi. - Foto Ghazali Bujang
May 16, 2010 3:13 pm
PENGUNDI di Bawang Assan memenuhi halaman pusat mengundi yang Dewan Masyarakat dan Perpustakaan Desa kampung itu yang dilanda banjir. - Foto Ghazali Bujang
May 16, 2010 3:09 pm
PENGUNDI, Kelani Jebum, 44, menunjukkan kertas yang tertera dengan nombor saluran dan kad pengenalan untuk membuang undi pada hari mengundi di SK Bandaran Sibu 3, Sibu. - Foto Aizuddin Saad
May 16, 2010 1:41 pm

Zahid lakukan lawatan pertama ke Bukit Aman

Pautan Berkaitan