Anggota penyelamat cari mangsa terselamat gempa bumi di Iran
TEHRAN: Anggota pasukan penyelamat di barat laut Iran menggali kesan runtuhan kediaman bagi mencari mereka yang terselamat selepas dua gempa bumi menggegarkan negara itu yang kini dilaporkan mengorbankan kira-kira 220 orang dan mencederakan lebih 1,500 orang, kata pegawai.
Ketika hubungan telekomunikasi terganggu di zon bencana, timur laut bandar Tabriz, pasukan penyelamat terpaksa bergantung kepada radio dan berjalan kaki ke perkampungan yang terjejas bagi menyelamatkan dan menilai kesan kemusnahan.
Menurut Pusat Seismic Universiti Tehran berkata, gempa bumi yang melanda semalam dalam tempoh 11 minit setiap satu itu berukuran 6.2 dan 6.0 magnitud. - AFP