gambar sebelum  gambar berikut
  • Foto

  • Foto

Jerman dengan reputasi besar dilabel pilihan ketepikan Greece

GREECE mungkin lebih terkini menjuarai kejuaraan Eropah berbanding lawannya di suku akhir, Jerman, tetapi berdasarkan sejarah dan organisasi, kedua-dua pasukan ibarat langit dan bumi.
Pada segi kejayaan, tidak banyak pasukan mampu menandingi Mannscahft yang tiga kali muncul juara Eropah dan menjadi naib juara dengan jumlah sama.


Di pentas lebih besar, Jerman muncul juara dunia tiga kali dan memiliki rekod terbaik dalam sejarah Piala Dunia apabila menamatkan saingan dalam kelompok empat terakhir 12 kali - mengatasi juara lima kali Brazil dan juara empat kali, Itali.

Sebaliknya, Greece hanya bergelar juara Euro 2004 dan tampil di pusingan akhir Piala Dunia dua kali.

Perbezaan antara dua pasukan ini tidak hanya pada koleksi piala masing-masing. Dalam saingan domestik, liga Jerman jauh lebih baik daripada liga Greece, sekali gus membayangkan status penguasaan negara itu.

Kelab dari Jerman sudah memenangi Piala Eropah lama dan Liga Juara-Juara enam kali dan menjadi naib juara sembilan edisi, berbanding satu penampilan final kelab Greece dan tiada kejuaraan.
Namun, data, statistik dan status bukan penentu kejayaan andai berpandu kepada kejutan tahun ini termasuk kegagalan kelab gergasi seperti Real Madrid, Barcelona dan Bayern Munich menjuarai Liga Juara-Juara. - AFP