header

Antara iltizam kerajaan, dongeng pembangkang

Bajet 2011 ambil kira kepentingan segenap lapisan masyarakat

SAMA ada Belanjawan 2011 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, Jumaat lalu adalah ‘bajet pilihan raya’ seperti dipercayai pembangkang, atau sememangnya asas bagi mengangkat Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi, yang jelas bajet kali ini mengambil kira kepentingan segenap lapisan masyarakat termasuk golongan yang selama ini dilihat agak terpinggir. Kerana itulah, pembangkang tidak dapat memberi reaksi lain kecuali mendakwanya sebagai petanda kerajaan akan mengadakan pilihan raya lebih awal.

Hakikatnya, pembangkang tidak mempunyai banyak ruang untuk memperlekehkan Bajet 2011. Apatah lagi untuk menjadikannya sebagai modal politik dengan menuduh kerajaan mengabaikan rakyat luar bandar dan berpendapatan rendah. Pelbagai langkah dalam Bajet 2011 seperti pelepasan bagi rakyat memiliki rumah pertama, jaminan tidak menaikkan kadar tol selama lima tahun di Lebuhraya Plus; menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara; program bantuan kepada orang kurang upaya (OKU); peruntukan besar untuk pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak; membantu meringankan beban sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat biasa, termasuk yang selama ini dianggap kurang diberi perhatian. Begitu juga dengan langkah kerajaan menaikkan elaun bulanan Pengerusi; Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru daripada RM450 kepada RM800 sebulan; elaun kehadiran mesyuarat kepada semua Ahli Jawatankuasa daripada RM30 kepada RM50; elaun bulanan imam daripada RM450 kepada RM750 sebulan, manakala imbuhan bulanan guru Kemahiran Asas Fardu Ain (KAFA) daripada RM500 kepada RM800 sebulan. Langkah ini bukan setakat menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat setempat tetapi lebih penting lagi membantu meringankan beban kewangan terutama di zaman serba mahal sekarang. Sebahagian besar kumpulan ini tidak mempunyai sumber pendapatan lain sedangkan tugas mereka terutama imam adalah sepenuh masa.

Jika perhatian kerajaan kepada golongan seumpama ini dianggap umpan menjelang pilihan raya, ia seolah-olah pembangkang tidak mahu nasib mereka dibela. Anehnya, seandainya bajet kali ini tidak memberi keutamaan kepada golongan seperti itu, kerajaan pula akan dituduh tidak berjiwa rakyat. Pendek kata apa juga yang dilakukan kerajaan, pasti tidak baik di mata pembangkang.
Kalaulah benar belanjawan kali ini bajet pilihan raya, kerajaan tentu mengumumkan lebih banyak insentif seperti pelepasan cukai individu atau pemberian bonus kepada kakitangan awam seperti yang dilakukan sebelum ini.

Bagaimanapun itu tidak dilakukan kerana kerajaan terpaksa mengambil kira kemampuan kewangan negara. Kerajaan kali ini hanya memberikan bantuan kewangan khas kerana tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan. Seperti kata Perdana Menteri, kerajaan terpaksa membelanjakan sehingga RM3.1 bilion jika memberikan bonus sebulan kepada kakitangan awam.
Berbeza dengan pandangan pembangkang, ramai ahli ekonomi sependapat bahawa Bajet 2011 menyediakan asas kukuh untuk mengubah ekonomi negara. Ketua Ahli Ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, berkata inti pati yang digariskan dalam bajet kali ini memberikan tumpuan khusus bagi mencapai teras utama Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Ini amat jelas kerana pendekatan dan pembiayaan yang diumumkan dalam Bajet 2011 ditumpukan kepada 12 sektor utama yang dikenal pasti mampu menjadikan Malaysia sebuah ekonomi maju di bawah ETP. Ini sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan ia bajet pilihan raya,” katanya.

Itulah bezanya pandangan pembangkang yang melihat semua perkara dari sudut politik dengan ahli ekonomi yang mengulas berdasarkan fakta. Namun, perbezaan paling ketara tentulah antara kerajaan dengan pembangkang seperti dilontarkan Najib di akhir ucapan belanjawannya Jumaat lalu. Sementara pembangkang bertindak sebagai saudagar mimpi dengan memperdagangkan dongengan, kerajaan terpaksa membuat perancangan rapi berdasarkan kemampuan bagi memastikan kejayaan dan hasil yang boleh dinikmati rakyat untuk jangka panjang.
AHLI Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin menandatangani buku sumpah Ahli Dewan Rakyat selepas mengangkat sumpah di Parlimen, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
Nov 9, 2010 12:22 pm
AHLI Parlimen Batu Sapi yang baru, Datin Linda Tsen Thau Lin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. Tsen, 54, yang juga Naib Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi Wakil Rakyat setelah memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Khamis lalu. - Foto BERNAMA
Nov 9, 2010 12:20 pm
CALON Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Tsau Lin yang memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dijulang Puteri Umno yang turut hadir ketika pengiraan undi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:05 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (empat dari kiri) bersama-sama penyokong-penyokong BN yang lain mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Tsau Lin (dua dari kiri) di atas kejayaan beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:03 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (kiri) beramah mesra dengan calon SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi ketika pengiraan undi di jalankan di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:01 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (dua dari kiri) sempat beramah mesra dengan calon Parti Keadilan Rakyat, Ansari Abdullah bagi pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi ketika pengiraan undi di jalankan di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 4, 2010 11:59 pm
DATIN Linda Tsen Thau Lin dari Barisan Nasional mengangkat tangan ketika di umumkan sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi oleh Pegawai Pengurus, Mohamad Hamsan Awang Supain (dua dari kiri) sambil diperhatikan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR, Ansari Abdullah di Pusat Perjumlahan Undi, Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:57 pm
PETUGAS SPR meletakkan peti undi dan dipamerkan di atas pentas di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:55 pm
PETUGAS SPR membewa peti undi untuk dipamerkan di atas pentas di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:54 pm
PETI undi dibawa masuk ke Dewan Masyarakat Sandakan bagi proses penjumlahan undi pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Sairien Nafis
Nov 4, 2010 11:52 pm

Keputusan pilihan raya kecil Batu Sapi

Pautan Berkaitan