Anwar yang tiba seawal jam 8.50 pagi disusuli Mohamed Azmin Ali sebelum diikuti Badrul Hisham Shaharin.
Kawalan keselamatan pihak polis turut diperketatkan bermula di depan lobi utama mahkamah.
Ia juga mendapat liputan media tempatan dan luar negara.
Akhbar hari ini melaporkan Anwar, Azmin dan Badrul Hisham atau Cikgu Bard menjadi individu pertama dituduh mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana terbabit dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
