Laman Utama » MutakhirSarawak
Anwar bimbang SNAP pecah undi pembangkang
KUCHING: Kehadiran Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 pada 16 April ini dilihat memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dan memecah undi pembangkang.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau bimbang kejayaan SNAP meraih undi hanya akan memecah undi pembangkang dan menguntungkan BN.
Beliau berkata, jika dilihat pada hari penamaan calon, SNAP kelihatan seperti dilindungi BN.
"Di beberapa tempat, pengundi memilih sama ada Pakatan Rakyat atau BN. Nampaknya SNAP lebih menumpukan kepada usaha mengambil undi Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.