header
Teks Ucapan TPM Ucapan dasar Ketua Wanita Ucapan Dasar Pemuda Ucapan dasar Puteri

Anwar tuduh ucapan Najib ada unsur perkauman

KOTA KINABALU: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang berakhir kelmarin, bersifat perkauman.

Beliau mendakwa, pemimpin dan perwakilan UMNO dalam perhimpunan itu dari satu aspek melaungkan perjuangan mendaulatkan agama, bangsa dan negara tetapi dalam masa sama bersifat pelampau apabila menjadikan DAP sebagai bahan kecaman.

“Berdasarkan ucapan pembukaan dan penggulungan Presiden UMNO itu... seolah-olah kami ini jadi alat DAP, " katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, di sebuah hotel terkemuka, di sini semalam. Sehubungan itu, katanya, pembangkang sudah bersedia mempertahankan Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah serta kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikuasainya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.

Pada penggulungan perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO kelmarin, Najib memberi suntikan baru kepada pemimpin dan ahli UMNO apabila beliau membakar semangat mereka untuk berjuang habis-habisan menghadapi cabaran getir PRU Ke-13.
SERTAI KAMI DI FACEBOOK
SEBAHAGIAN pemerhati sebak dan beremosi ketika mendengar ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di luar Dewan Merdeka, PWTC, semalam. - Foto Danial Saad
Dec 4, 2011 9:32 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman memotong pulut kuning selepas Perhimpunan Agung UMNO 2011 ditangguhkan di PWTC, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Dec 4, 2011 9:31 am
MASNATU Satong (kiri) bersama Redonah Bahanda membaca buku Wasiat Raja-Raja Melayu di dalam Dewan Merdeka, PWTC, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Dec 4, 2011 9:19 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak memeluk bekas Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas selesai ucapan Penggulungan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, semalam. - Foto Auzuddin Saad
Dec 4, 2011 9:18 am
PERWAKILAN dan pengunjung di PWTC menatap akhbar Berita Harian. - Foto NSTP
Dec 4, 2011 9:16 am
PENIAGA, MOHD Firdaus Rosshidin (kanan) melayan pembeli memilih kain pasang yang dilelong selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, semalam. - Foto NSTP
Dec 4, 2011 9:15 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak menerima tepukan gemuruh perwakilan pada ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Dec 4, 2011 9:10 am
AHLI UMNO bersemangat melaungkan ‘Hidup UMNO’ ketika menonton ucapan Presiden menerusi skrin besar di luang legar PWTC, semalam. - Foto BERNAMA
Dec 4, 2011 8:44 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Majlis Tertinggi bersemangat membaca ikrar yang diketuai Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ucapan penggulungan perbahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, hari ini. - Foto Osman Adnan
Dec 3, 2011 6:12 pm
URUSETIA Perhimpunan Agung UMNO dan anggota keselamatan memeriksa tempat duduk perwakilan ketika mesyuarat berhenti rehat di PWTC, hari ini. - Foto Osman Adnan
Dec 3, 2011 5:10 pm

Katakan tidak kepada pembangkang: Najib
Berita Harian:
Google: