Beratus-ratus anggota tentera kerajaan Filipina semalam melancarkan operasi bagi menggempur dua kubu pejuang Islam di selatan negara itu.

Tentera melancarkan serangan itu terhadap anggota Pergerakan Pembebasan Islam Bangsamoro kerana menyerang beberapa kem tentera minggu ini.
Gabenor wilayah, Mujiv Hataman berkata anggota tentera dan polis memperkukuh keselamatan di kawasan awam bagi menyekat serangan pejuang selepas ini. Kubu pejuang dibedil dari udara dan darat di wilayah Maguindanao. - AP