Menurut seorang anggota keluarga terdekat, Azah, 83, meninggal dunia kerana sakit tua dan angin ahmar kira-kira jam 10 pagi ini.
Antara yang berada di tanah perkuburan untuk pengebumian ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta anggota keluarga dan kenalan rapat.
Terdahulu, solat jenazah disempurnakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar. - BERNAMA



