login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Mutakhir
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

BN akan cari pengganti Zaharuddin untuk bela penduduk Kerdau


2011/02/13

TEMERLOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) akan mencari pengganti yang sesuai untuk meneruskan perjuangan membela nasib rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Beliau berkata, mengikut perlembagaan, pilihan raya kecil DUN Kerdau perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim.
"Masa depan tempat ini akan terus dimajukan, kami akan cari pengganti untuk teruskan perjuangan Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Zaharuddin di sini, hari ini.
Perdana Menteri turut menunaikan solat sunat jenazah di rumah Allahyarham di Kerdau.

Allahyarham dilaporkan terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di kediamannya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) pada jam 7.15 semalam.

Sebelum ini, Zaharuddin pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lalu.

Zaharuddin juga pernah menerima rawatan lebih dua bulan di Institut Jantung Negara kerana komplikasi buah pinggang dan jantung selepas menjalani pembedahan ulser usus di HOSHAS pada Mei tahun lalu.
Perdana Menteri berkata, tarikh pilihan raya kecil DUN itu akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kita akan hadapi pilihan raya itu secara terbuka dan kita akan mencari calon yang sesuai untuk memberikan khidmat yang berkesan di kawasan ini," katanya.

Pada perkembangan sama, Perdana Menteri berkata, beliau secara peribadi menyifatkan kematian Zaharuddin sebagai satu kehilangan besar bagi dirinya.

"Allahyarham adalah sahabat saya selama 30 tahun, beliau amat rapat dengan saya, secara peribadi saya kehilangan sahabat yang akrab," katanya.

Najib berkata, Allahyarham banyak membantunya ketika beliau (Najib) menjadi Menteri Besar Pahang dari segi pemikiran, idea dan bertukar-tukar pandangan dalam membangunkan negeri Pahang.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi jurulatih Biro Tata Negara, Penolong Pegawai Daerah di Bentong, sebelum dipilih menjadi wakil rakyat kawasan DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya umum itu, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi. - BERNAMA



SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker