Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan, berkata walaupun KAFA diterajui oleh Tan Sri Annuar Musa yang juga orang kuat BN Kelantan, namun ia tetap menerima 100 peratus sokongan rakyat Kelantan.
“Kalau hendak diterjemahkan kepada politik tempatan di mana kita lihat rakyat Kelantan menyokong KAFA seratus peratus, kita boleh buat interpretasi mereka menyokong pihak melakukan pembangunan.
“Dalam hal ini, KAFA berjaya melakukan pembangunan bola sepak dan saya cuba terjemahkan BN dalam isu pembangunan, seperti diumumkan Perdana Menteri untuk melaksanakan tujuh projek besar.
“Saya pasti, kalau kita ambil analogi bola sepak, mereka menyokong pasukan Kelantan sepenuhnya, sama juga rakyat Kelantan akan menyokong BN kerana isu pembangunan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas berucap di forum Sorotan Semula Isu Timur Tengah: Implikasi Geo Strategik, Cabaran Transformasi Demokrasi dan Potensi Pembangunan Ekonomi (Kajian Kes Mesir) di sini, semalam.




Senarai Komen