header
Teks Ucapan TPM Ucapan dasar Ketua Wanita Ucapan Dasar Pemuda Ucapan dasar Puteri

BN tekad teruskan rekod baik

MUHYIDDIN   bersama Pheng memegang kaligrafi  Cina  membawa makna kasih sayang  pada  majlis makan malam ulang tahun ke-20 Hua Zong dan upacara mengangkat sumpah ahli jawatankuasa pusat di Kuala Lumpur, malam tadi.
MUHYIDDIN bersama Pheng memegang kaligrafi Cina membawa makna kasih sayang pada majlis makan malam ulang tahun ke-20 Hua Zong dan upacara mengangkat sumpah ahli jawatankuasa pusat di Kuala Lumpur, malam tadi.

Muhyiddin ajak pertubuhan Cina bersama pelihara keamanan negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tekad meneruskan rekod baik yang dipegang selama ini dalam memelihara keamanan dan kestabilan negara menerusi kerjasama antara kaum dalam pelbagai bidang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia termasuk perkongsian kuasa politik dan kerjasama dalam bidang ekonomi yang menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara. Katanya, kerajaan juga komited untuk terus menjaga kepentingan semua kaum tanpa mengetepikan mana-mana kaum bagi membolehkan kesejahteraan negara dinikmati setiap rakyat.

“Saya percaya kaum Cina adalah kaum yang rasional dan mereka sentiasa mahukan sebuah negara yang stabil dan harmoni supaya dapat menjalani kehidupan dan perniagaan dalam suasana yang aman dan bahagia,” katanya pada majlis makan malam ulang tahun ke-20 Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) dan upacara mengangkat sumpah ahli jawatankuasa pusat di sini, malam tadi.

Hadir sama Presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah. Hua Zong adalah pertubuhan payung ditubuhkan 13 Dewan Perhimpunan Cina Negeri pada 1991, sekali gus antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbesar yang mewakili masyarakat Cina di negara ini.

Muhyiddin turut berpeluang menulis perkataan dalam tulisan kaligrafi Cina yang membawa makna kasih sayang.
Selain, Timbalan Perdana Menteri berharap Hua Zong dan NGO lain dapat bersama-sama kerajaan memberi sumbangan membina sebuah masyarakat Malaysia yang lebih maju, meningkat pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan negara dan memelihara hak rakyat mengamalkan agama, bahasa dan kebudayaan masing-masing.

Katanya, sebagai kerajaan yang responsif dan prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat, kerajaan BN sentiasa bersedia mendengar rintihan dan denyut nadi rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Keprihatinan kerajaan ini terbukti apabila banyak pandangan daripada masyarakat Cina baik yang berkaitan dengan bidang ekonomi, sosial, kebajikan mahupun pendidikan, diterima dan dilaksanakan oleh kerajaan.

“Dengan usaha kerajaan dan rakyat berbilang kaum, negara mencapai satu tahap pembangunan dan kemajuan yang dibanggakan dan dicontohi oleh negara lain.

“Kita antara negara berbilang kaum yang paling berjaya dalam mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara sejak awal kita merdeka sehingga ke hari ini. Tidak banyak negara berbilang kaum lain di dunia yang berjaya mencapai apa yang dicapai oleh Malaysia dalam hal ini,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin turut mempelawa NGO, termasuk Hua Zong untuk memberikan pandangan dalam kajian semula sistem pendidikan negara yang akan memberi lebih manfaat pada rakyat.
SERTAI KAMI DI FACEBOOK
SEBAHAGIAN pemerhati sebak dan beremosi ketika mendengar ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di luar Dewan Merdeka, PWTC, semalam. - Foto Danial Saad
Dec 4, 2011 9:32 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman memotong pulut kuning selepas Perhimpunan Agung UMNO 2011 ditangguhkan di PWTC, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Dec 4, 2011 9:31 am
MASNATU Satong (kiri) bersama Redonah Bahanda membaca buku Wasiat Raja-Raja Melayu di dalam Dewan Merdeka, PWTC, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Dec 4, 2011 9:19 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak memeluk bekas Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas selesai ucapan Penggulungan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, semalam. - Foto Auzuddin Saad
Dec 4, 2011 9:18 am
PERWAKILAN dan pengunjung di PWTC menatap akhbar Berita Harian. - Foto NSTP
Dec 4, 2011 9:16 am
PENIAGA, MOHD Firdaus Rosshidin (kanan) melayan pembeli memilih kain pasang yang dilelong selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, semalam. - Foto NSTP
Dec 4, 2011 9:15 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak menerima tepukan gemuruh perwakilan pada ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Dec 4, 2011 9:10 am
AHLI UMNO bersemangat melaungkan ‘Hidup UMNO’ ketika menonton ucapan Presiden menerusi skrin besar di luang legar PWTC, semalam. - Foto BERNAMA
Dec 4, 2011 8:44 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Majlis Tertinggi bersemangat membaca ikrar yang diketuai Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ucapan penggulungan perbahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, hari ini. - Foto Osman Adnan
Dec 3, 2011 6:12 pm
URUSETIA Perhimpunan Agung UMNO dan anggota keselamatan memeriksa tempat duduk perwakilan ketika mesyuarat berhenti rehat di PWTC, hari ini. - Foto Osman Adnan
Dec 3, 2011 5:10 pm

Katakan tidak kepada pembangkang: Najib
Berita Harian:
Google: