header

Bajet 2012: Bantuan RM500 diagih Januari

   SEBAHAGIAN daripada peserta yang mendaftar Seminar Percukaian Kebangsaan 2011 anjuran LHDN  yang berlangsung di  Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
SEBAHAGIAN daripada peserta yang mendaftar Seminar Percukaian Kebangsaan 2011 anjuran LHDN yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 layak terima wang

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan. Bantuan one off atau sekali saja itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu.

Awang Adek berkata, kerajaan menamakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama pelaksana bantuan itu memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif.

“Antara agensi lain yang turut terbabit dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta Pos Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011 di sini, semalam. Seminar itu dianjurkan LHDN dan disertai 1,120 peserta.

Awang Adek berkata, LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang LHDN.

Di samping itu, borang berkenaan akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.
“Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata, pengiraan pendapatan RM3,000 berkenaan ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan sebelum penerima layak disahkan. – BERNAMA
SERTAI KAMI DI FACEBOOK
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 selepas membentangkan Bajet 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 7:36 pm
KAKITANGAN di sebuah pejabat swasta serius mendengar pembentangan Belanjawan 2012 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi dalam talian. - Foto Nik Hariff Hassan
Oct 7, 2011 7:17 pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat dekat Balai Bomba Kuantan bersemangat menonton secara langsung pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari Bagunan Parlimen, Kuala Lumpur. - Foto Halim Mat Ali
Oct 7, 2011 6:28 pm
PEMANDU Hospital Sultanah Bahiyah gembira selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan gaji kepada golongan berpendapatan rendah dalam Belanjawan 2012, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
Oct 7, 2011 6:24 pm
MAHASISWA Perubatan Universiti Mansurah, Mesir (dari kiri) Muhammad Farhan Fadzil, Muhammad Faiez Othman dan Muhammad Hariz Azmir tidak melepaskan peluang bagi menyaksikan Belanjawan 2012 menerusi dalam talian, hari ini. - Foto Muhammad Fawwaz Ai'zat Sa'ari
Oct 7, 2011 6:21 pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berseloroh sambil menunjukkan warna baju sama ketika hadir membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 7, 2011 5:34 pm
AHLI Parlimen pembangkang menunjukkan buku belanjawan Pakatan Rakyat di luar Dewan Rakyat sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 5:28 pm
WAKIL media menunggu di ruang legar ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 5:27 pm
SUASANA Dewan Rakyat tenang ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 7, 2011 5:22 pm
ORANG ramai mengambil kesempatan beratur untuk membeli buku Laporan Ekonomi 2011/2012 yang berhanga RM45 di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini. - Foto Afendi Mohamed
Oct 7, 2011 5:06 pm

Rakyat sambut baik Bajet 2013
Berita Harian:
Google:

...lihat Reaksi rakan Facebook BH Online