header

Belanjawan 2012 mampu tangani masalah golongan berpendapatan rendah: Najib

KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa setiap inisiatif yang akan diumumkan adalah berdasarkan kepada komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal negara.

"Langkah-langkah yang kita ambil akan kita terangkan waktu ucapan belanjawan. Apa-apa program yang kita buat adalah dalam lingkungan kemampuan kerajaan dan komitmen kita untuk kurangkan defisit fiskal negara," katanya ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giew (DAP-Kepong) di Parlimen, di sini. Dr Tan ingin tahu langkah kerajaan memperkukuh ekonomi Malaysia akibat kemerosotan ekonomi dunia dan sama ada negara masih mampu mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus.

Perdana Menteri berkata, strategi yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2012 turut mengambil kira kesulitan rakyat berpendapatan rendah, untuk membantu dan melindungi mereka jika berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan kos serta harga barangan.

Najib berkata, pelbagai aktiviti akan terus dilaksanakan bagi membantu golongan berkenaan seperti bantuan kewangan, subsidi dan insentif, bantuan latihan dan kemahiran, perkhidmatan kesihatan dan perumahan.

Selain itu, katanya, ekonomi negara pada tempoh separuh pertama 2011 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus dan momentum lebih baik dijangkakan dalam separuh kedua tahun ini.
Katanya, ia berikutan aktiviti perbelanjaan, permintaan domestik serta kecergasan aktiviti pelaburan negara.

"Perbelanjaan penggunaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh berikutan peningkatan pendapatan hasil daripada harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil," katanya.

Najib berkata, Pelan Transformasi Ekonomi dan inisiatif kerajaan untuk menarik pelaburan asing juga dijangka meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan mengurangkan kesan daripada ketidaktentuan sektor ekonomi global.

"Kerajaan akan pastikan ekonomi terus kukuh dengan langkah-langkah mengurangkan beban rakyat dan merancakkan penggunaan domestik," katanya.

Najib juga berkata, pelaburan langsung asing negara meningkat kepada RM21.2 bilion pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2010 dan RM3.5 bilion pada Januari hingga Jun 2009.

Katanya, peningkatan itu menunjukkan kejayaan strategi negara dalam menggalakkan pelaburan domestik dan asing serta meminimumkan impak dunia luar kepada ekonomi negara. - BERNAMA
SERTAI KAMI DI FACEBOOK
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 selepas membentangkan Bajet 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 7:36 pm
KAKITANGAN di sebuah pejabat swasta serius mendengar pembentangan Belanjawan 2012 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi dalam talian. - Foto Nik Hariff Hassan
Oct 7, 2011 7:17 pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat dekat Balai Bomba Kuantan bersemangat menonton secara langsung pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari Bagunan Parlimen, Kuala Lumpur. - Foto Halim Mat Ali
Oct 7, 2011 6:28 pm
PEMANDU Hospital Sultanah Bahiyah gembira selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan gaji kepada golongan berpendapatan rendah dalam Belanjawan 2012, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
Oct 7, 2011 6:24 pm
MAHASISWA Perubatan Universiti Mansurah, Mesir (dari kiri) Muhammad Farhan Fadzil, Muhammad Faiez Othman dan Muhammad Hariz Azmir tidak melepaskan peluang bagi menyaksikan Belanjawan 2012 menerusi dalam talian, hari ini. - Foto Muhammad Fawwaz Ai'zat Sa'ari
Oct 7, 2011 6:21 pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berseloroh sambil menunjukkan warna baju sama ketika hadir membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 7, 2011 5:34 pm
AHLI Parlimen pembangkang menunjukkan buku belanjawan Pakatan Rakyat di luar Dewan Rakyat sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 5:28 pm
WAKIL media menunggu di ruang legar ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 5:27 pm
SUASANA Dewan Rakyat tenang ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 7, 2011 5:22 pm
ORANG ramai mengambil kesempatan beratur untuk membeli buku Laporan Ekonomi 2011/2012 yang berhanga RM45 di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini. - Foto Afendi Mohamed
Oct 7, 2011 5:06 pm

Rakyat sambut baik Bajet 2013
Berita Harian:
Google:

...lihat Reaksi rakan Facebook BH Online