Bekas Presiden Mongolia dipenjara kerana rasuah

Bekas Presiden Mongolia dipenjara kerana rasuah

2012/08/03

ULAN BATOR: Mahkamah di Mongolia menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap bekas presiden, Nambar Enkhbayar selepas mendapati beliau bersalah atas dakwaan rasuah.

Enkhbayar, 54, menjadi perdana menteri dan kemudiannya presiden selama hampir satu dekad sehingga kehilangan kuasa pada 2009.

Dia ditahan pada April ketika serbuan yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen kebangsaan.

Mahkamah mendapati dia bersalah melesapkan hadiah untuk diserahkan kepada biara dan mengswasta secara haram sebuah hotel serta beberapa dakwaan rasuah lain. - AFP