header

Berakhirnya kempen Tenang

Pelbagai strategi diatur untuk dapat sokongan, pengundi kena bijak buat pilihan

HARI ini kira-kira 14,000 pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Labis, Johor mengundi pada satu pilihan raya kecil, untuk memilih wakil mereka. Barisan Nasional (BN) meletakkan bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim sebagai calonnya, manakala PAS mempertaruhkan calon wanita, Normala Sudirman, seorang guru.

Dalam pertuturan bahasa Melayu, mengundi biasanya disebut sebagai ‘membuang undi’. Rasanya dari segi konteks dan makna, membuang undi itu adalah salah jika maksudnya untuk mengundi, seolah-olah memberi makna undi itu dibuang, dicampakkan atau dirosakkan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh melihat perkara ini. Mengikut peraturan, kempen pilihan raya berakhir tengah malam tadi dan sesiapa juga tidak boleh lagi bertindak yang boleh ditakrif sebagai berkempen dengan matlamat untuk mempengaruhi pengundi supaya memilih mana-mana calon atau parti yang bertanding. Di negara tertentu, ada yang menetapkan beberapa hari sebelum hari mengundi sebagai masa bertenang.

Masa bertenang diwujudkan untuk mententeramkan atau menyejukkan keadaan selepas memberi tempoh tertentu kepada calon dan parti berkempen habis-habisan. Di negara ini, keadaan masih terkawal dan tempoh bertenang yang panjang belum diperlukan. Kempen politik dalam sistem demokrasi umumnya mempunyai doktrin dan budayanya tersendiri.

Sepanjang tempoh berkempen, pelbagai aktiviti politik berlaku. Bagi parti politik yang bertanding, ia bukanlah sesuatu proses yang mudah walau pun setiap parti mempunyai pengalaman menghadapi pelbagai bentuk pilihan raya. Bermula daripada pemilihan calon hingga hari mengundi, mereka terpaksa membuat banyak perkiraan dan strategi.

Disebabkan setiap parti boleh meletakkan hanya seorang calon sedangkan yang berminat adalah ramai, urusan memilih calon saja memerlukan kebijaksanaan. BN sudah pun menetapkan satu daripada kriteria – calon boleh menang (winable) sebagai keutamaan ke atas calonnya sedangkan parti lain pula mungkin membuat pemilihan calon mengikut tempat dan suasana politik.
Walaupun takrif calon 'boleh menang' itu subjektif sifatnya, ia boleh dijadikan panduan dalam pemilihan calon yang sesuai. Tidak dapat dielakkan siapa saja yang dipilih sama ada calon parti pemerintah atau pembangkang, pasti ada pihak atau kumpulannya yang merajuk dan lebih buruk daripada itu memboikot atau mensabotaj parti dan calon.

Bagaimanapun, tidak ada formula yang ‘betul atau salah’ dalam proses memilih calon. Siapa saja yang dipilih, tidak akan menyenangkan hati semua pihak.

Dalam tempoh berkempen, ada peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tindakan atau perbuatan yang ‘boleh dan tidak boleh’ dilakukan. Tapi, dalam kebanyakan hal, ia sering dicemari. SPR sendiri sering dijadikan sasaran kritikan dan dijadikan bahan berkempen, biasanya oleh parti pembangkang.

Disebabkan dalam tempoh berkempen 24 jam sehari, SPR tidak dapat memantau begitu banyak kegiatan politik. Ini menyebabkan kandungan bahan berkempen – kata-kata, ucapan, risalah, poster, perbuatan seperti sogokan dan sebagainya, dianggap dilakukan begitu terbuka dan bebas. Ia juga terdedah kepada pelbagai interpretasi yang menghalal atau mengharamkannya.

Setiap parti dan pengikut masing-masing mempunyai cara dan strategi tersendiri dengan matlamat untuk menang. Ketika berkempen banyak ‘pahala’ dan ‘dosa’ dilakukan. Walau bentuk dan cara berkempen bergantung kepada keadaan sesuatu tempat dan suasana politik semasa, ia tidak banyak berbeza dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya dan dari satu tempat lain ke satu tempat lain.

Secara umum, selain kegiatan biasa kebanyakan pilihan raya, akan berlaku maki-memaki, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah dengan pelbagai cara. Ada yang menggunakan surat layang, surat atau dokumen palsu, aduan, laporan polis atau aduan kepada badan tertentu, ucapan, tuduhan di kedai kopi dan sebagainya.

Sekali pun sesuatu tuduhan dilampirkan dengan bukti seperti dokumen tertentu atau gambar, ia tetap dinafikan dan mendakwa dirinya dianiaya kononnya dalam dalam dunia moden hari ini, segala-galanya boleh dipalsukan – yang tiada boleh diada-adakan, manakala yang ada, boleh diada-adakan.

Pengikut dari sesuatu parti akan mengatakan pilihlah mereka kerana mereka lebih baik manakala jangan pilih lawan mereka kerana mereka jahat, menipu dan sebagainya.

Selain dengan kata-kata, ia diperhebatkan dengan risalah, poster dan sebagainya. Dalam keadaan begini, banyak tuduhan melampaui batas dilakukan terhadap seseorang dari calon, keluarga dan sesiapa saja yang boleh dibabitkan untuk memburukkan imej calon dan parti. Mereka yang dituduh pula boleh menafikan dan membalas serangan. Pengundi hanya mendengar dan membuat perhitungan sendiri. Jika tuduhan itu betul sekali pun, ia tetap dinafikan, malah sebagai balasan dan mematah hujah, mereka pula membuat tuduhan balas sama ada betul atau direka-reka.

Kebanyakan kempen pilihan raya adalah untuk mendapatkan undi pemilih atas pagar. Sebahagian besar pengundi sudah pun menetapkan pendirian untuk memilih calon atau parti pilihan mereka, terutama jika mereka adalah ahli atau penyokong parti yang bertanding. Untuk mengubah pendirian mereka adalah sukar, melainkan ada sebab tertentu yang menyebabkan mereka berpaling tadah.

Itulah sebabnya ada kalanya perhimpunan ramai tidak semestinya boleh diterjemah kepada undi. Parti politik boleh memanggil penceramah yang hebat, bercakap lantang, mengkritik dan sebagainya, tapi kemampuan untuk mempengaruhi undi adalah tipis, melainkan berlaku angin perubahan yang dahsyat.

Biasanya, parti berkempen sekadar untuk memberi keyakinan berterusan kepada pendukung parti dan cuba mendapatkan pengundi baru dan golongan atas pagar yang belum membuat pendirian terhadap calon atau parti.

Kebanyakan mereka yang mendengar ceramah adalah untuk mendengar ucapan apatah lagi jika diselang seli dengan lawak jenaka. Tapi, bagi generasi muda ia mungkin boleh membentuk persepsi mereka terhadap parti. Kajian menunjukkan faktor penting yang boleh mempengaruhi mereka ialah rakan sebaya dan keluarga.

Apa yang berlaku, dalam sesuatu pilihan raya parti yang bertanding membuat janji, malah menjanjikan perkara yang tidak logik. Mereka berjanji apa saja untuk menang. Sama ada janji itu boleh ditunai atau janji politik kosong, akan diuruskan kemudian. Mereka lupa janji adalah sesuatu yang boleh dituntut.

Bagi kerajaan, mereka membuat janji berasaskan peruntukan dan tidak boleh berjanji perkara yang di luar kemampuan mereka. Tetapi, pembangkang hanya berjanji tetapi tidak mempunyai kapasiti.

Jika janji dalam bentuk kemudahan fizikal atau peruntukan, ia mungkin boleh ditunaikan tetapi jika menjanjikan bulan dan bintang, ia adalah janji mustahil. Selepas di Tenang, keadaan yang sama juga akan berlaku pada pilihan raya kecil DUN Merlimau Melaka, 6 Mac nanti.

SELEPAS memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari lalu, Mohd Azahar Ibrahim, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di Nusajaya. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Mar 17, 2011 2:17 pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:08 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Mohd Azahar Ibrahim selepas keputusan pilihan raya kecil DUN Tenang diumumkan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zain Ahmed
Jan 31, 2011 2:06 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Mohd Azahar Ibrahim selepas diumumkan sebagai ADUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Jan 31, 2011 1:59 am
MOHD Azahar Ibrahim dijulang selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:23 am
MOHD Azahar Ibrahim diraikan penyokong dan ahli keluarga sejurus tiba di rumahnya di Jalan Tenang, Labis. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:34 am
MOHD Azahar Ibrahim bertemu neneknya, Esah Sulong, di rumah di Jalan Tenang, Labis, selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:40 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menaiki trak tentera untuk ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis kerana laluan dari tempat penginapan mereka dinaiki air. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:34 am
KENDERAAN terperangkap dalam kesesakan akibat banjir di hadapan Balai Polis Tenang Station selepas hujan sepanjang hari. - Foto Sairien Nafis
Jan 31, 2011 2:37 am
ANGGOTA Pertahanan Awam dan tentera dari Kem Gemas membawa mangsa banjir berpindah selepas rumah mereka di Kampung Ladang Verra ditenggelami air ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:54 am

Mohd Azahar Ibrahim ADUN Tenang

Pautan Berkaitan