Pergaduhan bermula apabila pengikut kumpulan seorang pemimpin Salafi berbuka puasa lebih awal sebelum azan dilaungkan khatib masjid Hidaya di Beja, utara Tunisia, lapor agensi berita TAP.
Pergaduhan antara kumpulan Salafi adalah sesuatu yang luar biasa di Tunisia kerana golongan Islam digelar ultra konservatif itu biasanya berbalah dengan kumpulan sekular atau kumpulan Islam yang dianggap terlalu liberal.
Ahad lalu, seorang pengasas Ennahda, parti Islam berhaluan sederhana yang memenangi pilihan raya tahun lalu, diserang dan dicederakan oleh kumpulan radikal Islam pada satu persidangan mengenai agama dan toleransi.
Ia disebabkan langkahnya mempertahankan Youssef Seddik, seorang tokoh intelektual yang dibenci golongan konservatif.
Golongan salafi di Tunisia berkembang dengan lebih yakin selepas revolusi hingga ada sebahagiannya menyerang sebuah pameran karya seni di ibu negara pertengahan Jun lalu atas alasan ia menyalahi ajaran agama. Agensi
