Bisnes Dunia: Bilionair Britain tambah kekayaan DARI kiri, Lakshmi Mittal, Alisher Usmanov dan Roman Abramovich.
Harta 1,000 individu meningkat 4.7 peratus kepada 414.26 bilion

ORANG terkaya di Britain terus mencapai tahap jumlah kekayaan terkumpul tertinggi di dunia pada 2011 walaupun negara itu kini kembali dalam kemelesetan ekonomi, demikian menurut Sunday Times Rich List 2012.
Kekayaan 1,000 individu di Britain meningkat sebanyak 4.7 peratus kepada 414.26 bilion (RM2.05 trilion), mengatasi rekod dicapai sebelumnya 412.85 bilion (RM2.04 trilion) pada 2008.


Bilangan bilionair juga mencecah paras tertinggi baru iaitu 77 orang. Keadaan itu berlaku meskipun kadar pengangguran yang tinggi dan pengurangan kakitangan kerajaan di negara itu.

Hartawan keluli kelahiran India, Lakshmi Mittal yang berada di tempat teratas bagi tahun kelapan berturut-turut, walaupun nilai kekayaannya merosot sebanyak 27 peratus kepada 12.7 bilion (RM62.85 bilion) berikutan harga saham perniagaannya, ArcelorMittal jatuh menjunam.

Beliau diikuti oleh Alisher Usmanov dari Uzbekistan yang menjalankan perniagaan logam dan perlombongan dengan kekayaan 12.3 bilion (RM60.88 bilion) . Beliau memegang kira-kira 30 peratus kepentingan syarikat induk kelab bola sepak Arsenal.

Pemilik Chelsea FC, Roman Abramovitch berada pada tangga ketiga dalam senarai itu dengan kekayaan sebanyak 9.5 bilion (RM47.9 bilion).
Bilionair kelahiran British yang terkaya adalah Duke of Westminster, yang memiliki empayar harta pusat bandar London, tetapi dia jatuh dari tempat ketiga ke tangga ketujuh dengan kekayaan yang dianggarkan pada 7.35 (RM36.37 bilion).

Peserta baru termasuk Andrey Andreev, 38, seorang ahli perniagaan Russia yang berpangkalan di London Rusia yang mengasaskan laman web ‘dating Badoo’, dengan kekayaan 500 juta (RM2.47 bilion).

Britain secara rasminya berada dalam kemelesetan selepas ekonominya menguncup pada suku akhir 2011 serta pertama 2012 dan kerajaan telah mengalami kemerosotan dalam populariti selepas memotong cukai pendapatan kepada golongan berpendapatan teratas dalam bajet bulan lalu.

Kerajaan juga melakukan pemotongan dalam perbelanjaan, dengan Perdana Menteri, Parti Konservatif, David Cameron minggu lalu berkeras terhadap strategi penjimatan walaupun bimbang ia akan menjejaskan pertumbuhan.

Senarai Sunday Times membabitkan individu dari Britain atau menjadikan bandar itu sebagai pusat operasi perniagaan mereka. Ia ditentukan berdasarkan kekayaan yang dikenal pasti seperti tanah, hartanah atau saham yang ketara dalam syarikat yang disebut harga secara umum, dan tidak termasuk akaun bank. – AFP

INFO: 10 individu paling kaya Britain menurut Sunday Times Rich List 2012 (dalam kurungan, kedudukan tahun lalu)

  • Lakshmi Mittal dan keluarga - keluli - 12.7 bilion (RM 62.85 bilion) (1)
  • Alisher Usmanov – keluli – 12.3 bilion (RM60.88 bilion) (2)
  • Roman Abramovich – minyak, industri – 9.5 billion (RM47.02 bilion) (3)
  • Sri dan Gopi Hinduja – industri, kewangan – 8.6 bilion (RM42.56 bilion) (9)
  • Leonard Blavatnik – industri – 7.58 bilion (RM37.51 bilion) (6)
  • Ernesto and Kirsty Bertarelli – farmaseutikal – 7.4 bilion (RM36.62 bilion) (5)
  • The Duke of Westminster – hartanah – 7.35 bilion (RM36.37 bilion) (3)
  • David dan Simon Reuben – hartanah, internet – 7.08 Pound (RM35.04 bilion) (8)
  • John Fredriksen dan keluarga – perkapalan – 6.6 billion (RM32.66 bilion) (7)
  • Galen dan George Weston and family – runcit – 5.9 bilion (RM20.2 bilion) (10)