BELAGA: Kegagalan mengapungkan bangkai bot ekspres yang karam di Giam Bungan, di sini, pada hari keempat menyebabkan operasi itu ditangguhkan hingga tarikh yang belum ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Bakar Sebau, ketika mengumumkan operasi dihentikan pada jam 4 petang hari ini berkata, operasi akan disambung semula selepas pihaknya mendapat bantuan kren.
Bagaimanapun, bantuan itu hanya akan diperoleh dalam masa dua hari berikutan ramai operator cuti perayaan Gawai Dayak esok dan lusa.