Kuala Lumpur: Kejayaan penyenaraian Felda Global Ventures Bhd (FGV) dan IHH Healthcare Bhd (IHH) adalah antara bukti kemantapan ekonomi dan kedudukan kewangan Malaysia walaupun dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu berikutan krisis zon euro.
Dalam laporannya yang disiarkan semalam, beliau berkata, sokongan kerajaan terhadap ekuiti Malaysia turut menjadi faktor pendorong kepada peningkatan FBM KLCI.
Tawaran FGV, IHH terbesar
Tawaran awam permulaan (IPO) FGV bernilai USD3.3 bilion dan IHH dengan nilai USD2 bilion adalah yang terbesar di rantau ini pada tahun ini. Sebahagian besar saham FGV dibeli oleh pelabur yang mendapat sokongan kerajaan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Beliau juga berkata, ekonomi Malaysia terus menunjukkan prestasi baik dengan mencatatkan kadar pengangguran rendah serta kadar inflasi hanya kira-kira dua peratus, manakala pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar lima peratus.
“Faktor ini penting kerana pasaran saham Malaysia sebahagian besarnya terdiri daripada syarikat domestik. Eksport Malaysia juga kukuh. Komoditi seperti minyak sawit, petroleum dan gas mencakupi suku daripada jumlah eksport, manakala selebihnya disumbangkan oleh elektronik dan barangan perkilangan,” katanya.
HSBC melaporkan jumlah eksport Malaysia hanya menurun dua peratus sejak Ogos tahun lalu berbanding penurunan 13 peratus agregat bagi eksport ke Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.
Industri bank kukuh
Koons berkata, industri perbankan tempatan terus kukuh dengan kualiti aset yang baik dan tidak terjejas dengan krisis kewangan di zon euro.
“Agensi penarafan, Moody’s turut menjangkakan pertumbuhan lima peratus bagi KDNK Malaysia,” katanya.
Namun, katanya, walaupun situasi politik yang tidak menentu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berusaha menambah baik infrastruktur dan menambah pelaburan dalam sektor minyak dan gas serta pelancongan.
