Butler hairan kena gantung
Kuala Terengganu: Terkejut! Itulah reaksi Peter Butler sebaik dimaklumkan mengenai keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang menjatuhkan hukuman penggantungan enam bulan dan denda RM4,000 ke atasnya, semalam.
Bagaimanapun, jurulatih yang mengambil alih tugas membimbing skuad Penyu daripada Mat Zan Mat Aris itu tidak mahu mengulas lebih lanjut berhubung keputusan itu, sebaliknya mahu menunggu surat rasmi dari PBSNT, hari ini.
Saya amat terkejut dengan keputusan PBSNT, namun tidak mahu memberi komen sehingga menerima hitam putih dari persatuan, katanya.
Muslim dan Sharbinee gagal dihubungi Ismail Faruqi Ashari yang diberi amaran keras dan denda RM1,000 atas kesalahan keluar dan pulang lewat hingga jam 3 pagi di Alor Setar pada 28 Ogos lalu juga tidak mahu mengulas lanjut berhubung hukuman dikenakan kerana masih tidak dimaklumkan secara rasmi dari persatuan.
Saya tidak memikirkan lagi sama ada mahu membuat rayuan kerana belum menerima surat rasmi dari PBSNT dan saya mahu lihat dulu surat dikeluarkan persatuan, katanya.
Usaha BH Sukan mendapatkan komen dua lagi pemain yang turut dikenakan tindakan tatatertib - Muslim Ahmad dan penjaga gawang, Mohd Sharbinee Allawee Ramli - yang dikenakan hukuman denda RM1,000 serta diberikan amaran keras gagal kerana tidak dapat dihubungi.
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.
nasir66
betul. YAB Menteri Besar harus intervensi bagi membetulkan keadaan. apa yang perlu adalah leadership sebenar yang ikhlas memperjuangkan kejayaan pasukan, bukan yang hanya mahu kedudukan dan nama bila pasukan perform dgn baik, dan hanya tahu menuding jari kepada orang lain bila pasukan merosot. Bawa masuk coach Butler dah bagus, tapi berilah kepercayaan kepadanya memulih dan memperbaiki pasukan, bukan ganggu dia atau jadikan dia boneka sahaja. pemain yang tidak berdisilin memang harus dikenakan tindakan, coach pula harus dinasihatkan agar janagn bercakap atau komen kepada press terlalu cepat, biar ia dilakukan oleh jurucakap PBSNT, ia kan lebih afdal. akhirnya, masih banyak ruang untuk maju, jangan putus asa, YAB Menteri Besar perlu bertindak segera.
Toha
Tak heran pun tindakan anak FAM, kalau komen untuk kebaikan bolasepak kebangsaan pun digantung macam TS Anuar Musa, apalagi komen keburukan disiplin pemain (coach digantung) bapak borek anak rintik, samapai bila pun bolasepak kita takkan maju...
peminat bola negara
PBNST dok rok cetong. dulu, kini dan selamanya orang tu sokmo dok jadi manager. tak dok org lain doh ker. presiden kalu bleh buei gak ke orang yang reti sukan. orang politik duk diam dohla kat dalam opis. Bagi la chan kat orang lain pulok. punoh ranoh abis bola teganu. Bakpe gi gantung sapa 6 bulan, sapa untung tu boss. gaji bayor tapi kepakaran takleh guna. tindakan dok bijok boss .. org dok bijok letak jawatan jer lahhhh
shukri
Minta MB gantikan pengurusan PBSNT dengan orang yang setanding dengan TS Anuar Musa atau lebih baik untuk lebih berjaya. Peminat mahukan pasukan Terengganu berjaya menggondol semua piala yang dipertandingkan, tak best asyik tengok negeri lain je juara dan pegang piala.
riz
tolonglah bebaskan bola sepak kita dari cengkaman politik. berilah kepada mereka yg pro tuk uruskan. cadangan aku lebih baik hanya kelab sahaja mewakili negeri sebab klu dah mewakili negeri asyik2 org2 politik je yg kontrol macam mana nak maju agioooo
John Labu
toksah main bola lah, suruh 3 permain dan coach tu msk acara terjun bebas...mcm pendelela.
rakyat boleh menilai
xpatut..xpatut..ini macam yang salah akan sentiasa buat salah,yg betul kene senyap2 tutup mulut.BS negara xkan maju klu ada sikap bergini.Pemain xkan disiplin.
jebat besut
kawe orang teganu tapi lebih sokong RED WARRIORS..........KERANA pemain dan jurulatih serta komitmen TS ANUAR MUSA MEMANG MANTAP.......WALAUPUN DIHUKUM TETAP DISANJUNG....KAT TERENGGANU ......TAK GUNA KAWE NAK TEGUR.....PASTI TOK BERUBAH WPUN DITEGUR KERANA KEBAL DAN MAKSUM,,,,,HANYA MENTERI BESAR SAJA YG DAPAT MENGUBAHNYA.............Mungkin tepat tindakan IRFAN meninggalkan TEGANU.......MB YB MAT SAID TOLONGLAH AMBIL PEDULI...!!!!!!!!
peminat
butler?? buang je
asm kb
klu mcm ni lah perangai pemain dan PBSNT bwklah coach turun dari langit pun..mmg tak kemana bola teranung..lepas ni PBSNT nk bwk coach Jose maurinho plk..pas tu bila dia tegur pemain kenape masuk lambat training.. coach kena gantung 12 bulan..bengong punya pegawai..nok suruh PBSNT dengor penyokong senang jer..boikot dan pulau stadium 3 bln .tengok biru dok muka PBSNT..
azlankhairun
zaman sekarang bola+pitis, main bola kena ada gaji (naik kereta mesti isi minyak), Cadang MB buat semakkan dgn pemain-pemain dari hati ke hati ,gaji dan elaun pemain, PBSNT bayar ikut haribulan dok.....peminat mintak pengurusan berundur, undurlah..........pepatah berkata siapalah pemimpin kalau bukan rakyat yang pilih
muhammad ali mat razi
nampaknya pemain lebih berkuasa daripada jurulatih. pbsnt patut bertegas,biar hilang pemain yang tidak berdisiplin daripada terus menyalahkan jurulatih.Ambil jurulatih ternama pun tapi pemain tidak ada disiplin,takkan kemana.Fikir2 lah.
saya
Kemerosotan pasukan Terengganu mungkin berpunca daripada masalah dalaman. Masalah pengurusan mungkin menjadi sebab pemain Terengganu seakan hilang fokus dalam perlawanan dan seakan hilang taringnya musim ini. Harap Penyu kembali bangkit untuk tahun hadapan.
LokalFan
Biasalah, pengurusan tertinggi bolasepak di Malaysia tak pernah salah.
Abdullah bin Ahmad
Gantung PBSNT saja. Pemain dihukum terlalu ringan dibanding dengan Coach. Kalau benar, dua pemain patut dihukum lebih berat dari Coach yang menyatakan perkara sebenar dan adalah hak peminat mengetahui hal sebenar sebab peminat/rakyat yang bagi kedudukan kepada PBSNT. Teruskan komen Coach untuk bagi disiplin pemain! PBSNT letak jawatan sahaja lah dan tukar pengurusan baru. Korang lemahkan semangat coach habislah team!
abikhsan
2 player yang didapati bersalah sebab balik lambat @ 3 pagi kena denda RM1,000.00. While coach yang nak resolve the problem kena denda dan gantung 6 bulan. Walaupun niat coach baik untuk disiplinkan player yang terlebih 'star' cuma cara sahaja yang tak betul.
Macam ni kah ragam bola sepak professional Malaysia....????
Hadi
Kalau guna jurulatih yang profesinal, pengurusan pun kenalah profesinal.Kalau tidak akan timbul masalah. Pemain pula perlu displinkan diri kerana masalah diluar akan sedikit sebanyak mempengaruhi tumpuan semasa di dalam padang. Ini perkara asas bagi kemajuan sesuatu pasukan.
Melighani
MB Terengganu teruskan buat pembahuruan dalam PBSNT demi kemajuan bolasepak Ngr Terengganu dan Negara. Sering ditunding jari hanya kepada pemain dan jurulatih jika kemerosotan prestasi pasukan negari. Namun tiada langkah diambil untuk mengubah pegurusan PBNST dan pengurusan pasukan bolasepak negeri. Rakyat dan penyokong pasukan Penyu bukan hanya melihat perlawanan pasukan Terengganu di padang sahaja..,namun keadaan pengurusan PBNST pun dalam pengetahuan rakyat Terengganu..Hanya MB Terengganu sahaja yang dapat 'MEMBINA' balik bolasepak Terengganu dan 'KEMERIAHAN' sokongan penyokong Terengganu..,Tak salah jika kita mengambil contoh sejarah bolasepak negeri jiran kita..setelah berlaku pegurusan baru..,jelas nampak buktinya hasil desakan penyokong.. Kita boleh membentuk pasukan kuat dan terbaik namun belum tentu dapat menguruskan pasukan terbaik jika 'PASUKAN PENGURUSAN PBNST' bukan pengurusan terbaik......
Ahmaad
Tak habis habis mendesak. Memang senang mengkritik dari membina. Teruskan Coach jangan pedulikan mereka yang tak reti erti mengurus dan membina pasukan.
Senarai Komen
Macam ni kah ragam bola sepak professional Malaysia....????