BEIJING: Presiden Cuba, Raul Castro memulakan rundingan dengan pemimpin China hari ini dan mengharapkan sokongan negara sekutu sejak sekian lama bagi membantu melaksanakan reformasi bersejarah terhadap ekonomi.

Castro akan bertemu Presiden China, Hu Jintao di Beijing petang ini selepas kedua-dua pihak dijangka menandatangani beberapa siri perjanjian yang disifatkan penganalisis mungkin memberi tumpuan kepada perdagangan dan infrastruktur.
Beliau kemudiannya dijadualkan mengadakan pertemuan dengan dua lagi pemimpin penting China iaitu Xi Jinping dan Li Keqiang esok bagi mengukuhkan hubungan secara peribadi kerana kedua-duanya dijangka mengambilalih jawatan presiden dan perdana menteri. - AFP