gambar sebelum  gambar berikut
Foto

PENGADIL, Mark Clattenburg (kanan) melayangkan kad merah kepada pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, Chelsea menentang Manchester United di Stamford Bridge, London, awal pagi tadi. - Foto AFP

Foto

PENYERANG Chelsea, Fernando Torres, (kanan), tidak berpuas hati dengan kad kuning kedua yang dilayangkan pengadil, Mark Clattenburg pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United di Stamford Bridge, London, awal pagi tadi. - Foto AP

Foto

PEMAIN Manchester United, Rio Ferdinand (kanan) berjabat tangan bersama pemain Chelsea, Ashley Cole (kiri) sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London, bermula. - Foto REUTERS

LONDON: Chelsea mengemukakan aduan rasmi mengenai perkataan yang diucapkan pengadil, Mark Clattenburg terhadap dua pemainnya yang mencetuskan kontroversi kekalahan 2-3 kepada Manchester United di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Pertembungan dramatik dalam Liga Perdana Inggeris itu dijangka berterusan apabila kedua-dua pasukan bertemu semula Rabu ini bagi saingan Piala Liga.
“Kami mengemukakan aduan mengenai bahasa yang kurang sesuai diucapkan pengadil ketika mengarahkan dua pemain kami dalam dua insiden berasingan dalam padang," kata Chelsea dalam satu kenyataan.

Sky Sports News mendakwa, salah satu aduan itu membabitkan pemain antarabangsa Nigeria, John Obi Mikel.

Pegawai Profesional Perlawanan (PGMO), badan yang mewakili pengadil Liga Perdana Inggeris kemudian mengeluarkan kenyataan iaitu: “PGMO menerima dakwaan berkenaan dan kami mengambil kira perkara ini dengan serius. Mark (pengadil) akan memberi kerjasama sepenuhnya."

Semua empat pegawai perlawanan - pengadil, dua pembantunya dan pegawai keempat - memakai alat pendengar suara yang memboleh mereka mendengar setiap perbualan antara mereka sepanjang perlawanan.

Bagaimanapun, mengikut garis panduan FIFA, komunikasi di antara mereka tidak dirakamkan.
Dua pemain Chelsea, Branislav Ivanovic dan Fernando Torres dibuang padang selepas Clattenburg melayangkan kad kedua kepada mereka. - AFP