Keputusan PAS mengekalkan Ahli Parlimen Bachok itu sebagai ahli Majlis Syura membuktikan kritikannya terhadap kepemimpinan DAP yang dianggap sebagai anti Islam adalah tepat dan direstui ulama parti itu.
“Kumpulan pro-Anwar dalam PAS semestinya tidak menyukai keputusan ini, ia sekali gus menampakkan krisis dalaman PAS semakin bergolak selain membuktikan kumpulan ulama menolak pengaruh Anwarinas dalam parti itu.
Bersifat sementara
“Tapi saya yakin ia hanya bersifat sementara, keputusan itu hanyalah untuk menjaga kestabilan parti. Nasharuddin mempunyai perjuangan jelas, saranannya supaya PAS meninggalkan pakatan adalah perkara betul,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sokong penuh perjuangan Ahli Parlimen Bachok
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata keputusan juga membuktikan kumpulan ulama dalam parti itu menyokong penuh perjuangan Ahli Parlimen Bachok itu.
“Keputusan ini sememangnya sudah dijangka banyak pihak, sebab itu isu membabitkan Nasharuddin ini dibawa kepada Majlis Syura untuk diputuskan dan Majlis Syura sudah pasti tidak akan memecat orangnya.
“Dalam Majlis Syura yang bertentangan dengan Nasharuddin hanyalah (Menteri Besar Kelantan) Datuk Nik Aziz Nik Mat. Ini kerana Nik Aziz dipengaruhi oleh erdogan dalam parti itu,” katanya.
Di Kota Bharu: Bekas Ahli Dewan Ulama PAS, Mohd Noor Deris, berkata keputusan majlis itu menunjukkan pengaruh Nik Aziz semakin menyusut.
Katanya, sekiranya diikutkan kehendak Nik Aziz, sudah tentu Nasharuddin kini sudah dipecat daripada parti itu.
