header

DAP harapkan keajaiban politik untuk menang di Sibu

SIBU: DAP berharap keajaiban politik akan berlaku bagi membolehkan mereka memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada Ahad depan.

Pemimpin kanan dan Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, hari ini berkata parti itu menghadapi laluan sukar untuk berdepan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil ini.

Malah, beliau meramalkan peluang DAP untuk menang hanya 40 peratus. "Pertarungan untuk abad ini telah bermula dan kami mahu penduduk Sibu untuk bersuara," katanya pada sidang akhbar yang diadakan selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu selesai hari ini.

DAP mencalonkan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Wong, calon BN, Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron.

Sementara itu, Narawi ketika ditemui sebelum menghantar borang pencalonannya berkata keputusannya untuk bertanding adalah untuk menilai popularitinya.
"Saya mahu tengok berapa undi yang akan saya perolehi kali ini berbanding pilihan raya negeri yang lepas," katanya.

Narawi pernah bertanding untuk kerusi Parlimen Sibu pada 1995 di mana beliau hanya memperoleh 975 undi dan hilang wang pertaruhan. - Bernama
PETUGAS BN mencabut bendera dan poster di Bulatan Brooke, Bandar Sibu selepas pilihan raya kecil Parlimen Sibu berakhir semalam. - Foto Rosdan Wahid
May 17, 2010 9:42 am
CALON Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng selepas beliau diumumkan memenangi kerusi Parlimen Sibu di Dewan Suarah, Sibu. - Foto Aizuddin Saad
May 17, 2010 9:39 am
PEGAWAI Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng (kanan) mengumumkan calon DAP, Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu dengan kemenangan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil P.212 Sibu di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 11:43 pm
PETUGAS SPR menyusun peti undi yang sudah dikira di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu pada pilihan raya kecil P.212 Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 9:42 pm
PETUGAS SPR menjunjung peti undi yang sudah dikira untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu pada pilihan raya kecil P.212 Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 7:09 pm
PETUGAS SPR menjunjung peti undi yang sudah dikira untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu pada pilihan raya kecil P.212 Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 7:07 pm
PENGUNDI Rumah Unjah Anak Besh terpaksa meredah banjir menaiki pacuan empat roda sejauh 3 kilometer menuju ke Pusat Mengundi, SK Tanjung Bekakap, Bawang Assan. - Foto Ghazali Bujang
May 16, 2010 3:25 pm
Subeng Akon, 78, dibantu oleh pegawai SPR, Nurul Farhana Syahaera Johan, 20, yang terpaksa meredah banjir untuk mengundi di Dewan Masyarakat dan Perpustakaan Desa. (Gambar bawah) Pengundi Bawang Assan yang terpaksa meredah banjir untuk mengundi. - Foto Ghazali Bujang
May 16, 2010 3:13 pm
PENGUNDI di Bawang Assan memenuhi halaman pusat mengundi yang Dewan Masyarakat dan Perpustakaan Desa kampung itu yang dilanda banjir. - Foto Ghazali Bujang
May 16, 2010 3:09 pm
PENGUNDI, Kelani Jebum, 44, menunjukkan kertas yang tertera dengan nombor saluran dan kad pengenalan untuk membuang undi pada hari mengundi di SK Bandaran Sibu 3, Sibu. - Foto Aizuddin Saad
May 16, 2010 1:41 pm

Zahid lakukan lawatan pertama ke Bukit Aman

Pautan Berkaitan