header

DUN Tenang: Jangan timbulkan isu sensitif agama

LABIS: Semua parti yang terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang perlu menghindarkan daripada "memperdagangkan agama Islam" dengan menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh memecahkan perpaduan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata agama Islam tidak boleh "dijual beli" atau dipergunakan semata-mata untuk meraih sokongan politik dengan mengelirukan masyarakat yang akhirnya berlaku pergaduhan dan perpecahan.

"Bila datang saja pilihan raya ia menjadi satu medan untuk orang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mini Karnival Islam 2011 di sini, hari ini. Jamil Khir berkata rakyat perlu berwaspada kerana bagi pilihan raya kecil, fokus kempen itu menjurus kepada satu tempat dan pelbagai isu akan ditimbulkan tetapi isu agama merupakan isu yang amat menyentuh perasaan.

"Saya menasihati orang ramai supaya memahami dalam suasana semasa ini, kita mendapat pelbagai sumber yang boleh membawa kepada fitnah," katanya.

Beliau berkata rakyat perlu sedar asas kekuatan negara yang makmur ini adalah keutuhan perpaduan dan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) membangun dan memajukan negara ini.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan pada 30 Januari ini berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara BN yang diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan calon PAS yang juga Ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman, 38. - BERNAMA

SELEPAS memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari lalu, Mohd Azahar Ibrahim, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di Nusajaya. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Mar 17, 2011 2:17 pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:08 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Mohd Azahar Ibrahim selepas keputusan pilihan raya kecil DUN Tenang diumumkan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zain Ahmed
Jan 31, 2011 2:06 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Mohd Azahar Ibrahim selepas diumumkan sebagai ADUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Jan 31, 2011 1:59 am
MOHD Azahar Ibrahim dijulang selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:23 am
MOHD Azahar Ibrahim diraikan penyokong dan ahli keluarga sejurus tiba di rumahnya di Jalan Tenang, Labis. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:34 am
MOHD Azahar Ibrahim bertemu neneknya, Esah Sulong, di rumah di Jalan Tenang, Labis, selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:40 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menaiki trak tentera untuk ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis kerana laluan dari tempat penginapan mereka dinaiki air. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:34 am
KENDERAAN terperangkap dalam kesesakan akibat banjir di hadapan Balai Polis Tenang Station selepas hujan sepanjang hari. - Foto Sairien Nafis
Jan 31, 2011 2:37 am
ANGGOTA Pertahanan Awam dan tentera dari Kem Gemas membawa mangsa banjir berpindah selepas rumah mereka di Kampung Ladang Verra ditenggelami air ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:54 am

Mohd Azahar Ibrahim ADUN Tenang

Pautan Berkaitan