header

Dana beri manfaat profesional

Pinjaman mudah disediakan bantu perluas perniagaan di pekan kecil

KUALA LUMPUR: Golongan profesional teruja dengan inisiatif kerajaan mewujudkan Dana Perkhidmatan Profesional menerusi Program Transformasi Luar Bandar dalam Bajet 2012, dan menyifatkannya sebagai peluang untuk mereka memperkembangkan perniagaan dengan meneroka pasaran baru.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee, berkata pinjaman mudah disediakan melalui dana itu untuk membantu profesional membuka firma di pekan kecil, adalah langkah positif yang akan menggalakkan peguam tidak hanya tertumpu kepada pasaran di bandar semata-mata. Malah, beliau berkata, penubuhan dana itu melengkapi matlamat kerajaan menambah peruntukan RM10 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsan (YBGK) melalui Bajet 2012 bagi membantu individu tidak berkemampuan mendapat bantuan guaman secara percuma sekiranya didakwa di mahkamah.

“Majlis Peguam melihat semua usaha ini sebagai perkembangan yang baik, terutama untuk memastikan penduduk luar bandar ada akses kepada nasihat undang-undang dan keadilan. Majlis Peguam mengalu-alukannya dan memuji Perdana Menteri atas inisiatif ini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Bajet 2012 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu, turut memberi fokus kepada Program Transformasi Luar Bandar dengan antara langkah ialah mewujudkan Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional seperti peguam, doktor dan akauntan untuk membuka firma di pekan kecil.

Bagi tujuan itu, dana berjumlah RM100 juta akan disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) secara pinjaman mudah dengan kadar faedah empat peratus, manakala surat cara perjanjian pembiayaan skim berkenaan turut diberi pengecualian duti setem.
Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Abd Aziz Abu Bakar, berkata pelaksanaan pelbagai projek pembangunan melalui Program Transformasi Luar Bandar dijangka merancakkan aktiviti ekonomi di luar bandar dengan kemasukan pelaburan yang aktif, termasuk syarikat kontraktor.

“Perniagaan yang berjalan itu secara langsung akan memerlukan khidmat sokongan daripada golongan profesional, termasuk akauntan. Ini sekali gus memberi pasaran baru untuk pembukaan firma perakaunan.

“Cita-cita kerajaan untuk mentransformasi kawasan luar bandar adalah murni dan penting untuk menyeimbangkan dengan kepesatan pembangunan di bandar.
Bagaimanapun, diharap projek pembangunan luar bandar akan dilaksanakan secara berterusan, sistematik dan cekap supaya ada kesinambungan yang dapat memberi impak kukuh merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan itu,” katanya.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip, berkata kerajaan perlu memastikan proses permohonan Dana Perkhidmatan Profesional tidak dikekang dengan kerenah birokrasi dan penetapan syarat yang terlalu ketat.

“Penubuhan dana itu amat kena pada masanya untuk memberi peluang kepada peguam meneroka pasaran di luar bandar dan menyediakan khidmat bantuan kepada masyarakat di kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Ar Saifuddin Ahmad, pula tidak menolak kemungkinan firma arkitek membuka cawangan mahu pun pejabat perseorangan beroperasi di pekan kecil apabila pembangunan kawasan luar bandar memerlukan perkhidmatan profesional itu kelak.
SERTAI KAMI DI FACEBOOK
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 selepas membentangkan Bajet 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 7:36 pm
KAKITANGAN di sebuah pejabat swasta serius mendengar pembentangan Belanjawan 2012 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi dalam talian. - Foto Nik Hariff Hassan
Oct 7, 2011 7:17 pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat dekat Balai Bomba Kuantan bersemangat menonton secara langsung pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari Bagunan Parlimen, Kuala Lumpur. - Foto Halim Mat Ali
Oct 7, 2011 6:28 pm
PEMANDU Hospital Sultanah Bahiyah gembira selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan gaji kepada golongan berpendapatan rendah dalam Belanjawan 2012, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
Oct 7, 2011 6:24 pm
MAHASISWA Perubatan Universiti Mansurah, Mesir (dari kiri) Muhammad Farhan Fadzil, Muhammad Faiez Othman dan Muhammad Hariz Azmir tidak melepaskan peluang bagi menyaksikan Belanjawan 2012 menerusi dalam talian, hari ini. - Foto Muhammad Fawwaz Ai'zat Sa'ari
Oct 7, 2011 6:21 pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berseloroh sambil menunjukkan warna baju sama ketika hadir membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 7, 2011 5:34 pm
AHLI Parlimen pembangkang menunjukkan buku belanjawan Pakatan Rakyat di luar Dewan Rakyat sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 5:28 pm
WAKIL media menunggu di ruang legar ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 5:27 pm
SUASANA Dewan Rakyat tenang ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 7, 2011 5:22 pm
ORANG ramai mengambil kesempatan beratur untuk membeli buku Laporan Ekonomi 2011/2012 yang berhanga RM45 di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini. - Foto Afendi Mohamed
Oct 7, 2011 5:06 pm

Rakyat sambut baik Bajet 2013
Berita Harian:
Google:

...lihat Reaksi rakan Facebook BH Online