login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Hip
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Dengarnya: Farid bakal Menteri Penerangan?


2011/06/10

KETIKA ini rambut Cik Normah beralun dan berombak manja dibelai angin yang bertiup kencang menyampaikan cerita kononnya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Farid Ridzuan, akan meninggalkan MPB selepas kira-kira enam bulan beliau ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Jangan terkejut, Datuk Seri Farid kita yang memang meletup ini bukan diberhentikan daripada MPB, sebaliknya jawatan lebih hebat dikhabarkan bakal diamanahkan kepadanya.
Cik Normah tak tahu sejauh mana kebenaran gosip berkenaan, tetapi kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Sekarang ini sudah kecoh desas-desus mengatakan Farid antara calon yang akan dilantik sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Entah betul, entah tidak, memang Cik Normah tidak dapat nak pastikan, tetapi itulah cerita yang sampai ke telinga Cik Normah.
Amboi! hebat sungguh Abang popular yang seorang ini. Daripada dikurniakan gelaran Datuk Seri hasil sumbangannya dalam bidang penyiaran negara dan kini bakal bergelar Menteri pula. Cik Normah memang tumpang gembira sekiranya berita itu benar belaka.

Kalau betul Farid menjadi orang nombor satu di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), bermakna RTM, FINAS, Istana Budaya akan berada di bawah tanggungjawabnya. Bagus juga tu, sekurang-kurangnya bolehlah Farid membawa perubahan baru terutama kepada RTM.

Bukannya apa, Cik Normah tengok RTM bagaikan agak sukar sikit untuk berkembang. Kalaupun usia sudah mencecah senja, janganlah kita hendak menjadi suram.
Sebaliknya, apabila usia makin meningkat, RTM pun kenalah lebih produktif, agresif sesuai dengan pengalaman yang dimiliki. Ini tidak, ia seakan-akan suram dan muram saja.
Cik Normah memang tak sabar nak tengok Datuk Seri Farid mengubah struktur RTM. Kalau tak semua, dapat ubah sebahagian pun jadilah. Biarlah RTM tidak lagi digelar stesen penyiaran yang sudah senja. Bila lagi nak berubah kalau asyik di takuk lama saja kan?

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker