Hazard (tengah) cuba melepasi kawalan dua pemain Wigan dalam saingan EPL di Stadium DW, kelmarin.
Walaupun sering diasak keras oleh pemain Wigan tetapi Hazard masih mampu beraksi cemerlang apabila menjadi perintis kepada gol pembukaan Branislav Ivanovic sebelum memenangi sepakan penalti yang disempurnakan Frank Lampard untuk menghadirkan kemenangan buat The Blues.
Hazard mempamerkan semua kualiti yang dimiliknya... dia cukup luar biasa, kata Di Matteo. Dia berjaya menyertai rakan sepasukan lain dan juga memiliki kemampuan taktikal cukup hebat.
Pemain sepertinya memang sukar dikawal. Pergerakannya licin termasuk ketika memiliki bola. Saya tidak fikir pasukan lain cuba mencederakannya.
Daripada kecemerlangan Hazard itu, ia memberikan Chelsea satu permulaan baik dengan mencatat kemenangan pertama pada aksi awal Liga Perdana Inggeris.
Saya cukup gembira dengan prestasi kami. Perlawanan pertama musim baru sentiasa boleh mengelirukan, dan kami jangka ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar. Tetapi dua gol awal membantu kami, katanya yang menyifatkan Wigan kurang bernasib baik selepas serangan dilakukan berjaya dinafikan oleh penjaga gol, Petr Cech. AFP
Senarai Komen