Daging burung merpati dikatakan kaya dengan protin dan rendah lemak.
Buenos Aires: Seorang pegawai wilayah di Argentina digantung tugas Rabu lalu, selepas mencadangkan agar kanak-kanak keluarga berpendapatan rendah diberi makan daging burung merpati bagi menangani ledakan populasi haiwan itu.
De Allende mencadangkan program pengedaran makanan dan pakaian kepada pelajar miskin dikenali Paicor, turut menghidangkan daging burung merpati di sekolah awam.
“Kami menganggarkan ada 600 juta burung merpati di Cordoba. Kita patut mempertimbangkan merpati sebagai sumber makanan yang banyak dan bukan perosak. Kami sedang bekerjasama dengan Paicor untuk memulakan projek menjadikan burung merpati sebagai makanan,” katanya. - AFP