login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
MukaDepan
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Din Beramboi koma di Hospital Selayang


2010/03/31

Din Beramboi
Din Beramboi
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi, koma sejak semalam dipercayai dijangkiti virus air kencing tikus hingga menyebabkannya mengalami pendarahan dalaman dan buah pinggangnya tidak berfungsi.

Finalis Penyampai Radio Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Selayang kelmarin sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila keadaannya semakin kritikal, tengah hari semalam.
Pengurus Program Era, Nazri Noran ketika dihubungi Berita Harian, berkata doktor tidak menolak kemungkinan Din Beramboi atau nama penuhnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri dijangkiti virus air kencing tikus.
“Saya diberitahu dia mula demam sejak Rabu minggu lalu ketika sedang ke udara pada waktu pagi. Selepas selesai kerja, dia kelihatan sakit yang agak teruk. Saya menasihatkannya mengambil cuti beberapa hari.

“Sakitnya semakin menjadi-jadi hingga dia tidak boleh bangun. Dia sebenarnya tidak suka berjumpa doktor dan Ahad lalu, dia mendapat khidmat urutan untuk membuang angin. Cuma pagi kelmarin, dia terpaksa ke hospital berdekatan rumahnya di Bukit Sentosa.

“Bagaimanapun, atas saranan doktor kesnya dirujuk ke Hospital Selayang. Menurut doktor, sistem imun badannya lemah dan berkemungkinan disebabkan jangkitan kuman tikus hingga menyebabkan saluran darahnya tidak stabil,” katanya.

Sementara itu, tersebar SMS yang mendakwa Din Beramboi dijangkiti virus air kencing tikus sewaktu menjalani penggambaran sebuah program membabitkan haiwan di sebuah zoo.
Teman gandingannya dalam segmen Riuh Pagi Era, Aznil Nawawi, berkata Din Beramboi memang terbabit dengan penggambaran sebuah program Astro Ceria, tetapi beliau tidak pasti sama ada jangkitan itu dialami ketika penggambaran berkenaan.

“Apa yang saya tahu, sejak minggu lalu dia memang demam. Sangka saya, ia hanya demam biasa tetapi akhirnya saya dapat tahu, dia dimasukkan ke ICU. Saya ada menghubungi isterinya dan meminta saya berdoa kerana keadaannya sudah kritikal,” kata Aznil.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

KAMAR NASIR
SEMOGA CEPAT SEMBOH SAYA DOAKAN... AMIN
kak niza
doakan supaya cepat sembuh dan terima lah dugaan ini dengan redha.
aimi salwani
semoga din beramboi cepat sembuh..
lealemon
moga din beramboi sihat,but if tak jadi kes ni aku pun tak tau ada virus or penyakit camtu, biasanya kita ambik mudah demam2 ni,
aku search apa sebenarnya virus cat pee nih, dibawa oleh tikus, kencing die, if kena pada makanan or minuman manusia. kita dijangkiti, n terkena pada kulit yng luka, atau air yng kita basuh muka terkena ada air kencing tikus. eee.. bahaya gak la.. kena alert tak boleh ada tikus ada rumah bela kucing. n awasi kedai2 makan di luar.
NorazLan Tahir
heLo semua,,sy juga mendoakn kesembuhan Din Beramboi,,dan semoga beLiau cpt sembuh,,amiin~
zety adlynn
doakan agar din cepat sembuh dari segala penyakit yang memudaratkan dirinya...sama2lah berdoa untuk kesihatan beliau...ameen ya rabbal alameen...
noriahaisha
simpati dengan apa yang menimpa keatas din beramboi.mendoakan agar cepat sembuh.insyallah..

A very strong guy...be well...& may the force be with u :) ...InsyaAllah
airie
sapa ada darah o p derma
mazlina binti mahmod
sama-sama kita berdoa agar kesihatan beliau dapat pulih segera.kita akan merindui celoteh setiap pagi bersama era lah......
aishah lienda
smoga abang din dipanjangkan umur dan cepat2 sembuh...smoga smuanya selamat,amin.
BEIDEH BINTI BUDIMAN
Semoga Din Beramboi cepat sembuh,sma2 kta doakn agar beliau kmbali pulih..kpd isteri beliau bnykn brsabar dan terus tabah dgn ujian Allah SWT..AMIN
hazmy abdul halim
semoga tabah menghadapi dugaan dr yg maha esa...kepada rakyat malaysia yg dekat ngan HS & mempunyai darah jenis O sumbangkan darah kalian...
lyien
Semoga Cepat Sembuh Din Beramboi....
Marya
Semoga din beramboi kembali sihat semula...saya berdoa agar semuanya selamat..kuatkan semangat yer..
Roses
Saya doakan semoga Din cepat sembuh dan kembali ceria bersama Pak Nil
Ross
Harap Din Beramboi tabah menghadapi dugaan ALLAH S.W.T. semoga cepat2 sihat spt sdiakala hendaknya amin...tak de kau tak riuh pagi di era
MOHD SHAHRIZAL RIZAL
moga cepat sembuh dah kembali semula menyinari riuh pagi di era untuk din sempoi
sitiqis
saya wakil jiran2 di selasihsari bndar sungai buaya ,rawang doakan agar abang din cepat sembuh& semoga kak su tabah hadapi dugaan ini.Sokongan&doa dr keluarga/sahabat mengiringi abang din sekeluarga.Amin
Fauzi
Semoga Cepat sembuh.....
eina_hazrienah
semoga din beramboi tabah menghadapi dugaan ini..moga cepat sembuh dan dapat kembali ke udara di era..
mulan_moon
smga din cepat senbuh..amin..
cikgu KHAN
Semoga tabah menghadapi dugaan dan cepat sembuh dan dapat mulakan semula kehidupan harian.
dateen
YA ALLAH sembuhkan la DIN BERAMBOI.. AMIN
stryker
semoga din cepat sembuh..
pak din
semoga beliau cepat sembuh
syam
walaupun saya beherja di pendalaman Sabah, namun saya pendengar setia Era melalui siaran Asrto 856.. Semoga Din sembuh seperti sediakala.
Wajit nyaman
Semoga adg Din cepat sembuh dan dirahmati Allah S.W.T. Dan diharap keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini. Sejak brpa hari ni sya rasa kehilangan pbila tak mdengar suara din dlam riuh pagi era. Sebab bila dengar suara din kita rasa terhibur. Dia seorang pelawak yang mantap dan asli. Semoga Allah menyembuhkan penyakit beliau...amin.
RITA MOHD
SALAM SEMUA... MARI LER KITA SAMA2 DOAKAN SMOGA ABG DIN KUAT SEMANGAT UTK HADAPI DUGAAN NIE DAN SEMBUH SEPERTI SEDIAKALA
Ramlah Rashid
semoga din diringankan kesakitannya & kembali ke udara meriuhkan suasana
Ramlah Rashid
semoga din diringankan kesakitannya & kembali ke udara meriuhkan suasana
mimie
semoga beliau akn sembuh dan kepada semua warga malaysia, kita wajib mendoakan kesejahteraan kaum muslimin..semoga beliau akan sihat dan mendapat rahmat dr ALLAH SWT..AMIN
AsRi
semoga abg kita nie cepat sembuh..byk2la berdoa..ingat yang maha ESA..AMIN
mirsya izreena
marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan din beramboi akan pulih kembali...amin
alya farisya
hrp besabar buat keluarga abg din..
sama2lah berdoa agar beliau cepat sembuh..
amin~~
Kesuma
mudah2an abg Din cepat sembuh,tbah menghdpi dugaan Allah.
Mohdnoor Saibol
semoga pelawak kesayangan ni cepat sembuh...
izwan
bahaya nya tikus ni, membawa pelbagai penyakit..jage kebersihan kawasan rumah..
RONIE
DIN SEMOGA KAU CEPAT SEMBUH..KAPADA FAMILI DIN KORANG BYK KN BERSABAR..BERDOA KAT ALLAH..
Gina
Saya doakan semoga din beramboi segera pulih. Amin.
Ismail Abdullah
Semoga Din Beramboi semboh cepat ,amin
joehari
Kita salah satu peminat Din Beramboi dari Brunei Darussalam berasa simpati diatas apa yang berlaku,kita mendoakan semoga Din cepat sembuh
nma
semoga din cepat sembuh.
azam
ujian dari yg KUASA ada suka& duka.insyaallah kita doakan pakcik cepat sembuh.
sarel
semago bro din sembuh spt sedia kala...
Haley
assalamualaikum w.b.t

semoga keluarga Din Beramboi tabah menghadapi dugaan ini. terlebih dahalu saya ingin memohon maaf jika apa yang saya ingin kongsikan ini sedikit sebanyak menakutkan kalian yang membaca. seorang kenalan rapat saya mengalami symptom2 yang sama dengan Din Beramboi di mana, ia bermula dengan demam dan seterusnya koma. anggota badan kenalan saya jugak mula bertukar menjadi kebiru2an di kaki dan tangan. agak lama juga kenalan saya berada dlm keadaan koma dan pada bila dia sedar, doktor memaklumkan kepada beliau yang sel2 pada kaki dan tangan beliau sudah mati dan harus di potong sebelum ia merebak ke anggota2 lain. kedua2 belah kaki kenalan saya di potong hingga ke paras lutut..tangan kiri di potong sehingga siku malahan tangan kanan beliau pula, ada sesetengah jari terpaksa di potong. saya bukan hendak menakut2kan kalian yang membaca ataupun ahli keluarga dan sahabat handai Din Beramboi, cuma ingin berkongsi cerita pada anda semua. semoga ahli keluarga Din Beramboi tabah menghadapi dugaan dari ALLAH S.W.T ini. semoga Din Beramboi cepat sembuh.. amin...
sbj1768
YA ...ALLAH..SELAMATKANLAH DIN BERAMBOI. PANJANGKAN UMURNYA DAN KEMBALIKANLAN KESIHATANNYA SEPERTI SEDIA KALA..AMIN ..YA..RABBAL.ALLAMIN...
shery
Semoga Allah menyembuhkan penyakit Mior Ahmad Fuad Bin Mior Badri.Amin...
mohd hafiz
doa kn supaya din beramboi akan kembali sihat seperti biasa kembali , amin ....
Haziq
assalamualaikum
terlebih dahulu saya nk mohon maaf la sekiranya
ada mengutuk pak Din beramboi
sememangnya saya pn terkejut mendengar berita ini.semoga pak din dikurniakan Allah kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian Allah ini.Segala yang datang pada pak Din itu adalah ujian Allah kerana Allah sayangkan pak din.kami doakan Pak din sihat dah akan menceriakan pagi kami seperti selalu
irma suriati
harap abg din cepat2 sembuh...buat isteri abg din, banyak2 bersabar..
suraiya saidi
Apabila mendengar kisah sedih Abg Din, dengan tidak sedar air mata saya mengalir.Kisah sedih Din Beramboi ni sama dengan Kisah sedih yang berlaku keatas arwah kakak saya yang telah pulang kerahmatullah pada 1 Mac 2010.
Kisahnya arwah hanya demam seminggu, dalam masa seminggu arwah 2 kali telah pergi ke klinik. Pada hari pertama arwah koma doktor terpaksa memasukkan 9 pain darah merah & 2 pain darah putih. Doktor suspek demam denggi tetapi jawapan sebaliknya bukan denggi. Bila koma buah pinggang dan hati rosak dah arwah bergantung 24 jam dengan mesin dialisis. Dan terakhir sekali doktor melakukan ct scan dan didapati virus telah menyerang ke otak. cukup seminggu arwah koma di Hospital Sg. Buloh. Sesungguhnya ini adalah dugaan yang perlu ditempuhi dengan redha oleh semua ahli keluarga. Marilah sama - sama kita memohon kepada Allah semoga Abd Din Beramboi beransur pulih. Semoha keluarga Abg Din tabah menghadapi ujian dari Allah ini. Jangan putus berusaha demi orang yang tersayang.
awey fansuri
salam... kesian din bramboi... hrap cpat sembuh... amin...
nurul
harap cepat sembuh.. amin2x..
zu
semoga din cepat sembuh..we love him..
eja
baut din beramboi saya doakan suapya sembuh spt sedia kala. buat isteri n anak kuat kan ati mohon pada tuan yg terbaik
latipah othman
Semoga keluarganya sabar dan tabah atas ujian ini dan didoakan segera sembuh amin.
Mohd Farid Affendey
Smoga Cepat sembuh...
kami mendoakan Kesihatan Din Beramboi...
Hasiati Mat Hassan
Semuga Abg Din cepat sembuh dari penyakit yang dihidapinya.Kuat kan semangat.Sunyi rasanya PakNil sorang2 kat riuh pagi Era tanpa Abg Din
chenta
smoga din beramboi dpt sembuh sperti sedia kala dan kmbali pnjd penghibur sperti biasa kmbli ..sy doa kn agar penyakit nye itu akn sembuh ..amin ..

moga din cepat sembuh
ALFIAN BIN MOKSIN
buat family Din Beramboi...tabah, sabar dan tenang menghadapi situasi kini...
eman ismail
smoga din beramboi cepat sembuh,sme2 la kite berdoa..xde die x riuh la pagi di era..
syez
semoga cepat sembuh...amin
umar mahelen
Ya Allah, Semoga Din Beramboi lekas sembuh hendaknya...amin..
zuraida
sama-samalah kita berdoa agar din beramboi cepat sembuh..dan kembali sihat....
peminat alor star
Ya Allah, sembuhkan penyakit din beramboi ni, kepada isteri dan keluarganya byk2lah bersabar.
Noni Manan
semoga allah mendengar doa kita semua.....semoga Din Beramboi cepat sembuh dan sihat walafiat seperti sediakala....kepada keluaraga din semoga tabah menghadapi segala dugaan.....marilah kita sama-sama berdoa.....
md br badrul
ini yang di nama kan takdir sama lah kita mendoakan kesejateraan beliau semoga din dapat sembuh dan sihat kembali da ceria seperti sedia kala,sungguh tak pecaya mcm mana ada penyakit seperti kencing tikus nie boleh wujud so kena berhati2 dari sekarang kepada semua rakyat malaysia jaga lah kebersihan kita
arowanabp
semoga abang din sihat sentiasa saya sentiasa berdoa untuk kesihatan abang din
Nita
Kepada semua peminat-peminat Abg Din Beramboi.Marilah bersama-sama mendoakan kesejahteraan kesihatan beliau.Semoga keluarga beliau tabah menghadapi cubaan dan dugaan dari Allah S.W.T.Amin.
fazjb
Mudah2an Allah sembuhkan penyakit beliau. Kpd keluarganya, hadapi ujian ini dengan tabah.
olin dgreat
mohon maaf terlebih dahulu..tak sangka sangat orang yang ceria dan penuh lawak terlantar dikatil hospital.saya sentiasa doakan agar din beramboi cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.
Azharmirul
Harap Din Beramboi tabah menghadapi dugaan ALLAH S.W.T.
syed
Kuat kan semangat...Insyyallah @ berdoa agar kesihatan sembuh seperti sediakala....

Moga Allah lindungi dan sembuhkan kau, Din...
Siti Rahyu Saidin
Memang sedih dengan berita ini. Sama-sma kita doakan Din Beramboi sembuh dan kembali menghiburkan kita. Harap-harap tiada pihak yang membuat pelbagai spekulasi tentang keadaan Din yang tidak pasti.
xxxtot
cian din beramboi.....
sayangsara
saya dan keluarga mendoakan agar kesihatan Din Beramboi lebih positif. Kepada keluarga beliau, banyakkan bersabar dan berdoa kepadaNya semoga kesihatannya bertambah pulih. Amin.
rohaya
doa dan harapan moga din beramboi cepat2 sihat spt sdiakala hendaknya amin...
maimunah ragut
kita bertawakal,,,smg Din Beramboi cepat sembuh...
NOR AYUBI ISMAIL
SAMA2LAH KITA BERDOA AGAR ALLAH MENYEMBUHKN PENYAKIT YG DIHADAPI OLH ABG DIN..BAWALH BACA SURAH YASSIN .......AMIN
rose aida
utk isteri din beramboi semoga tabah menghadadapi dugaan drp allah n kita sama2lah berdoa semoga din beramboi sihet...insyalah
miswan kaslan
Kami warga Bkt Sentosa mendoakan agar Abd Din segera sedar dan pulih seperti biasa.
alya aleesya mohd haiqal
Ya Tuhan, selamatkan Din Beramboi....
massuwardy
semoga cepat sembuh, tak de kau tak riuh pagi di era
Salehin
Kepada keluarga din beramboi, di harap bersabar tawakal kepada Allah...sy doa kan supaya die segera sembuh seperti sedia kala...amin....
meskam
sebabai ingatan bersama, kalau dah sakit eloklah cepat-cepat jumpa doktor
Muhamad Arif
Semoga abg din sembuh sepenuhnya nanti.Insyaallah.


SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker