login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
MukaDepan
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Diploma perkasa
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

2011/01/15

ORANG ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 Ke-7 di Pusat Dagangan Terengganu, semalam. - Foto Aswadi Alias
ORANG ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 Ke-7 di Pusat Dagangan Terengganu, semalam. - Foto Aswadi Alias
148,500 tempat untuk lepasan SPM di IPTA

KUALA TERENGGANU: Program peringkat diploma yang sebelum ini dilihat sebagai pilihan kedua atau ketiga akan diperkasakan supaya menjadi pilihan utama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerian merancang mengarusperdanakan program pengajian diploma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.
Berikutan itu, katanya, tempoh pengajian program diploma akan dipendekkan tidak melebihi dua setengah tahun berbanding tiga tahun ketika ini, selain menggalakkan pelajar mengikuti diploma di Politeknik yang menawarkan yuran pengajian jauh lebih rendah iaitu anggaran RM400 setahun, berbanding hampir RM1,000 setahun di universiti awam.
Kementerian mahu pelajar lepasan SPM tidak hanya bertumpu kepada program matrikulasi dan asasi sains, tetapi juga menjadikan program diploma sebagai pilihan utama mereka.

Kementerian akan berusaha memartabatkan diploma menerusi pengiktirafan badan profesional dalam dan luar negara, manakala graduannya diiktiraf pada peringkat antarabangsa, katanya pada sidang media selepas perasmian Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U kali ketujuh di Pusat Dagangan Terengganu di sini, semalam. Karnival dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau turut mengumumkan 148,500 tempat untuk kemasukan lepasan SPM atau setaraf di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tahun ini. Daripada jumlah itu, 14,000 tempat untuk program asasi di IPTA, diploma IPTA (34,000), diploma politeknik (51,000), sijil di kolej komuniti (11,000) serta sijil di institut latihan kemahiran awam (ILKA) sebanyak 38,500.

Katanya, jumlah itu daripada 469,500 tempat secara keseluruhan yang disediakan, selain di IPT swasta (IPTS) dan peluang pendidikan lanjutan lain seperti Tingkatan Enam, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Kementerian Pelajaran serta Program Persediaan ke Luar Negara secara tajaan.
Mohamed Khaled berkata, kementerian juga sedang mengkaji beberapa cadangan pelaksanaan bersesuaian, termasuk menambah program diploma yang baru di IPTA dan politeknik.

Program diploma menawarkan fleksibiliti kepada pelajar kerana selepas menamatkan pengajian, mereka mempunyai pilihan sama ada menyambung ke peringkat lebih tinggi atau terus bekerja. Pelajar yang mempunyai diploma juga ada kelebihan kerana mereka diberi laluan khas untuk menyambung pengajian di universiti teknikal (MTUN), katanya.

Katanya, langkah memperkasakan program diploma juga dapat menyediakan graduan berkelayakan untuk memenuhi program kemahiran dan teknikal di universiti teknikal serta meluaskan kebolehpasaran graduan diploma kemahiran dan teknikal selaras matlamat Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Karnival Jom Masuk U tahun ini untuk pertama kalinya menawarkan program sijil dan sijil lanjutan. Ini berikutan Kementerian Pengajian Tinggi sudah diberi mandat untuk mengendalikan Pusat Pengambilan Setempat bagi program sijil dan sijil lanjutan, di samping diploma dan diploma lanjutan yang ditawarkan 27 Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional atau TEVT serta ILKA, katanya.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Luahan Bekas Pelajar Kejuruteraan
Kalau boleh STANDARDKAN silibus dan kualiti diploma itu pada semua IPT kerana ada IPT yang rata-rata pelajarnya MUDAH untuk mendapat CGPA 3.0 ke atas dan ada IPT yang sangat SUSAH untuk mendapat CGPA 3.0 ke atas walaupun ke dua-dua IPT berkenaan menawarkan program yang sama. Ini memberi kesan jangka panjang kepada pemegang diploma yang mendapat CGPA 3.0 ke bawah di mana susah untuk menyambung pelajaran di IPTA atau mendapatkan biasiswa ke luar negara (di mana kelebihan lebih memihak kepada pelajar IPT yang MUDAH memberi CGPA 3.0 ke atas), sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana rendah CGPA dan sebagainya yang menyebabkan bekas pemegang diploma tidak menyambung pelajaran. Mereka bukan tidak bijak, tetapi telah menjadi mangsa IPT yang susah dalam memberikan pelajarnya CGPA 3.0 ke atas. Jika tidak percaya, maaf jika saya bercakap cuba bandingkan keputusan pelajar diploma UTM,UiTM,UTeM dengan pelajar dari Politeknik. Ternyata dengan jelas jawapannya anda tahu. Dari pengalaman saya yang pernah belajar di salah satu IPTA berkenaan 8 tahun lepas, hanya satu dari 40 lebih orang sahaja classmate saya yang berjaya menyambung Ijazah di IPTA dan selebihnya tidak berjaya mendapat tempat dan akhirnya mencari alternatif lain sama ada kerja (tidak sambung belajar lagi) dan mencari IPTS (untuk yang mampu). Ini telah memberikan kesan panjang pada mereka terutamanya yang tidak berpeluang menyambung pengajian. Lagi satu masalah, apabila menyambung pengajian ke Ijazah, ada universiti-universiti IPTA/IPTS tidak memberi ruang direct entry kepada pemegang diploma. Sebaliknya menyuruh mereka mengulang semula dari Tahun 1 selari dengan kemasukan STPM/Matrikulasi walaupun keputusan diploma CGPA 3.0 ke atas. Tidak percaya, anda boleh lihat jika pemegang diploma IPTA lain ke USM/UKM/UM. Jadi, apakah fungsi diploma di sini? 7 Tahun minimum hanya untuk ijazah kejuruteraan? Ada bagus juga jika diploma dipendekkan menjadi 2 - 2 1/2 tahun, dengan ini masa pelajar kita dapat dijimatkan. Jujur saya katakan, saya MEMUJI langkah UiTM yang tidak mensia-siakan bekas2 pelajar diplomanya untuk menyambung pengajian di UiTM dengan hanya memerlukan tambahan 2 1/2 untuk memegang BEng (Hons). Pelajar juga akan merasa cepat give up andainya terlalu lama masa diambil untuk menamatkan satu-satu pengajian. Kalau boleh, standardkan juga diploma kita setaraf dengan BTEC HND UK kerana di UK, ada universiti mengatakan diploma kita hanya standard BTEC National Diploma ataupun HNC (rendahnya mereka memandang diploma kita).
RAHAZWI ABDULLAH
TAHNIAH dan ia adalah satu cadangan yang baik dan harus diberikan pujian pada KPT demi memertabatkan institusi pendidikan negara.
Takuyung
Satu langkah yang sangat baik untuk memacu pembinaan Modal Insan di Malaysia
bicara kalbu
saya graduan diploma dan skrg dalam proses untuk menghabiskan pengajian ijazah. saya harap graduan diploma pada masa akan datang tidak menerima nasib seperti saya kerana terpaksa menghabiskan 3 tahun untuk diploma, dan 4 tahun untuk ijazah. Harap kerajaan dapat lakukan sesuatu bagi masalah yang mungkin boleh dianggap terpencil ini. Terasa graduan diploma seperti dianaktiri apabila ingin menyambung pengajian peringkat ijazah di IPT tempatan.


SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker