MukaDepan
Dividen ASB 7.65 sen, bonus 1.15 sen seunit
2011/12/20
KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.
Semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.
“Prestasi ASB sepanjang 2011 adalah memuaskan meskipun pada suku terakhir, pasaran saham didagangkan dalam suasana tidak menentu dipengaruhi prestasi pasaran global yang terjejas berikutan ketidaktentuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan krisis hutang Eropah,” katanya pada sidang media mengumumkan agihan pendapatan ASB, di sini, semalam.
Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember 2011, tabung ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion, di mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM2.25 bilion dan RM0.85 bilion disumbangkan pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain pendapatan.
Beliau berkata, pengiraan pengagihan dan pendapatan itu berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2011, manakala pengiraan bonus pula berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan 10 tahun bermula dari 2002 hingga 2011.
Katanya, kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB itu adalah kompetitif dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan.
Sementara itu, Hamad Kama Piah, berkata pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan daripada pemegang unit ASB untuk meningkatkan jumlah pelaburan masing-masing.
Beliau berkata, tahun ini penambahan dalam skim ASB melebihi RM13 bilion berbanding RM12.1 bilion tahun lalu.
“Peningkatan jumlah penambahan pelaburan dalam ASB ini menunjukkan pelabur percaya dan yakin dengan prestasi yang dicatatkan skim ini,” katanya.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
wak
betol tu liah, mmg begitulah bn, dulu kini dan selamanya untuk rakyat malaysia yang yg tau mengenang budi
kecombo
taniah buat pnb yg selama ini mengekalkan prestasi perkhidmatan yang baik dan cemerlang. tp kegemilangan zaman dividen melebihi 10% nampaknya telah terkubur sekian lama ...
iiiii
ASB pon nak dipolitikkan ker...apela..org cam ni pon ade.....
semut merah
syabas PNB..!
pok long
tahniah...kalau boleh cuba wujudkan panel syariah bg asb dan pelaburan lain...saya yakin dgn penubuhan panel tersebut anggaran penambahan modal bg asb akan bertambah sebanyak 45% drp nilaian yang ada sekarang..
Noor fadhila
Terima kasih PNB..
MHceo
Cik Aliah, pesal tetiba masuk politik nih? Otak dah xde space utk benda lain jer? Jammed ngan politik jer? Hahahaha..
Btw, tahniah PNB sbb mengekalkan prestasi baik utk tahun 2011 walaupun iklim pelaburan agak suram.
UMMI
Syukur Alhamdulillah..kena kekalkan negara yang aman dan permai ini...agar ekonomi kita terus kukuh..
Aliah Ali
Syabas PNB!!Sekarang cuba jelaskan siapa pencentus idea ASB, untuk rakyat bumiputra kalau bukan kerajaan Barisan Nasional? Habuan juga menanti untuk pelabur saham-saham lain dalam PNB.