Laman Utama » Sarawak

Dominique gagal pertahan Padungan



2011/04/17
Share |
KUCHING: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan, Dominique Ng Kim Ho gagal mempertahankan kerusinya pada pilihan raya negeri ke-10, semalam.

Dominique yang bertanding atas tiket Bebas selepas digugurkan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata beliau sungguh terkejut dengan kekalahannya dan berasa amat sedih. "Saya tidak sangka akan kalah teruk, ini satu keputusan yang sungguh mengejutkan buat saya," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Pada pertembungan tiga penjuru bagi DUN Padungan, Dominique mendapat 439 undi manakala DAP (11,957) dan Barisan Nasional (4,073).

Dominique berkata, kini salah satu pilihan beliau adalah untuk bersara daripada bidang politik.

"Perkara itu adalah salah satu pertimbangan saya sekarang ini, namun penyokong saya meminta saya supaya mengkaji semula keputusan saya itu. Saya belum membuat apa-apa keputusan dan memerlukan sedikit masa lagi," katanya.

Artikel Lain