header

Dr Chan akui sentimen pengundi terhadap SUPP punca kekalahan

KUCHING: Rasa tidak senang pengundi terhadap Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) adalah punca utama kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Sibu semalam, kata Presidennya, Tan Sri Dr George Chan.

"Lebih 50 peratus pengundi berasa tidak senang dengan SUPP, sudah pasti kami perlu turun ke akar umbi untuk mengetahui puncanya," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, parti itu akan mengadakan bedah siasat untuk mengetahui faktor SUPP ditolak pengundi selain mencari strategi untuk memenangi semula sokongan mereka. "Pada masa ini kita tidak tahu mengapa mereka tidak gembira dengan SUPP, kita akan buat bedah siasat dan gembirakan mereka sebelum pilihan raya negeri kelak," katanya.

Beliau berkata, SUPP akan menyiapkan bedah siasat itu secepat mungkin bagi berdepan dengan pilihan raya negeri yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Ditanya kemungkinan faktor calon yang tidak disukai penduduk sebagai punca, Dr Chan berkata perkara itu perlu diteliti lebih lanjut.

Beliau, bagaimanapun, mempertahankan pemilihan Robert Lau Hui Yew sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu kerana Lau mewakili imej baru SUPP untuk mengetengahkan muka baru dalam arena politik negeri.
"Beliau adalah muka baru dan pada saya adalah calon yang bagus. Saya percaya dalam tempoh beberapa tahun akan datang jika beliau bekerja keras beliau mempunyai peluang yang baik," katanya.

Pada pemilihan semalam, calon DAP, Wong Ho Leng, menang dengan majoriti tipis 398 undi apabila memperolehi 18,845 menewaskan Lau yang memperolehi 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron, yang menerima 232 undi. - Bernama
PETUGAS BN mencabut bendera dan poster di Bulatan Brooke, Bandar Sibu selepas pilihan raya kecil Parlimen Sibu berakhir semalam. - Foto Rosdan Wahid
May 17, 2010 9:42 am
CALON Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng selepas beliau diumumkan memenangi kerusi Parlimen Sibu di Dewan Suarah, Sibu. - Foto Aizuddin Saad
May 17, 2010 9:39 am
PEGAWAI Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng (kanan) mengumumkan calon DAP, Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu dengan kemenangan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil P.212 Sibu di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 11:43 pm
PETUGAS SPR menyusun peti undi yang sudah dikira di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu pada pilihan raya kecil P.212 Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 9:42 pm
PETUGAS SPR menjunjung peti undi yang sudah dikira untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu pada pilihan raya kecil P.212 Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 7:09 pm
PETUGAS SPR menjunjung peti undi yang sudah dikira untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu pada pilihan raya kecil P.212 Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 7:07 pm
PENGUNDI Rumah Unjah Anak Besh terpaksa meredah banjir menaiki pacuan empat roda sejauh 3 kilometer menuju ke Pusat Mengundi, SK Tanjung Bekakap, Bawang Assan. - Foto Ghazali Bujang
May 16, 2010 3:25 pm
Subeng Akon, 78, dibantu oleh pegawai SPR, Nurul Farhana Syahaera Johan, 20, yang terpaksa meredah banjir untuk mengundi di Dewan Masyarakat dan Perpustakaan Desa. (Gambar bawah) Pengundi Bawang Assan yang terpaksa meredah banjir untuk mengundi. - Foto Ghazali Bujang
May 16, 2010 3:13 pm
PENGUNDI di Bawang Assan memenuhi halaman pusat mengundi yang Dewan Masyarakat dan Perpustakaan Desa kampung itu yang dilanda banjir. - Foto Ghazali Bujang
May 16, 2010 3:09 pm
PENGUNDI, Kelani Jebum, 44, menunjukkan kertas yang tertera dengan nombor saluran dan kad pengenalan untuk membuang undi pada hari mengundi di SK Bandaran Sibu 3, Sibu. - Foto Aizuddin Saad
May 16, 2010 1:41 pm

Zahid lakukan lawatan pertama ke Bukit Aman

Pautan Berkaitan