Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, tiga lagi jari tangan kiri Mohd Shafiq Afandi Ramlee melecur.
Rakan cucur mercun
Ketika kejadian, Mohd Shafiq memegang mercun bola yang kemudiannya dicucuh rakannya dan ia meletup di tangan mangsa.
Mohd Shafiq yang juga anak kelapan daripada sembilan beradik berkata, mercun bola yang dipegang itu terlekat pada tapak tangannya ketika rakannya membakar sumbunya sehingga ia meletup dengan kuat.
Saya rasa amat sakit sekali macam tangan kiri putus terus ketika mercun bola meletup, katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
Sementara itu, kakak mangsa, Nor Ayuni, 16, berkata, dia berada di rumah apabila terdengar jeritan adiknya lalu berlari keluar untuk melihat apa yang berlaku.
Saya lihat seorang jiran memimpin adik dengan tangan kiri berbalut kain dalam keadaan berlumuran darah.
Saya membuka pembalut melihat hujung dua jari tangan adik hancur manakala tiga jari lagi melecur menyebabkan saya bergegas membawanya ke Hospital Gua Musang untuk mendapat rawatan, katanya.
