Dua kereta milik anak calon PKR dibakar di Klang KEADAAN kereta anak calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Seri Andalas, Xavier Jeyakumar di Taman Klang Jaya, hari ini. - Foto Aziah Azmee
KLANG Dua Kereta milik anak perempuan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Seri Andalas, Xavier Jeyakumar rosak akibat dibakar di rumahnya, di Taman Klang Jaya, awal pagi tadi.

Sangheta Jeyakumar, 30, berkata dalam kejadian dipercayai bermotifkan politik itu beliau sedang mengikuti bapanya berkempen.
Saksi berkata, dua lelaki mencurah petrol sebelum membakar kenderaaan terbabit lalu melarikan diri.