gambar sebelum  gambar berikut
Foto

PINTU gerbang gaya Bali menambat hati pengunjung

Foto

Foto

LAMAN gerbang diilhamkan mengikut seni rekaan ala-Inggeris.

Foto

Boleh suai padan saiz ikut keluasan laman

KECANTIKAN sesebuah laman terserlah apabila wujud gabungan dan keseimbangan beberapa elemen penting pada ruang berkenaan - landskap lembut, kejur, air dan fauna - yang mana jika tiada salah satu elemen itu, sukar mewujudkan laman cantik dan menarik.
Elemen landskap lembut atau istilah Inggeris, ‘softscape’ merujuk kepelbagaian tanaman digunakan menghiasi taman manakala elemen landskap keras atau kejur dan ‘hardscape’ adalah elemen kaku, tidak hidup serta dibina oleh manusia. Contohnya pergola, gazebo dan perabot taman.

Elemen air pula adalah kolam ikan, pancutan dan air terjun yang boleh menambah seri serta nilai estetika taman manakala fauna adalah hidupan atau binatang seperti serangga, unggas dan hidupan lain yang menghuni serta mendapat manfaat dari taman berkenaan.

Semua elemen di atas saling melengkapi. Contohnya elemen landskap lembut iaitu pelbagai tanaman berfungsi untuk melembutkan elemen landskap kejur. Air pancutan, air terjun dan air mengalir bertindak sebagai penyeri agar taman nampak lebih semula jadi dan kekal nyaman.

Banyak paparan saya sebelum ini berkenaan elemen landskap lembut iaitu tanaman hiasan. Selepas ini tumpuan juga akan diberikan kepada elemen landskap lain bermula dengan landskap keras iaitu pintu gerbang yang sangat jarang dibina di negara kita.

Mungkin ada beranggapan pintu gerbang memerlukan ruang luas, tetapi kita boleh suai padan saiznya mengikut keluasan laman kediaman.
Tip Pembinaan:

  • Untuk bertahan lebih lama, pintu gerbang perlu diperbuat daripada bahan keras, tahan lama seperti besi, konkrit, kayu jenis keras seperti Jati, Cengal dan Balau. Juga boleh gabungkan bahan keras dan lembut, contohnya kayu atau besi dan pokok hiasan. Ia akan nampak lebih lembut dan cantik apabila dihiasi pokok pemanjat yang cantik dari jenis mengeluarkan bunga cantik warnanya serta berbau harum seperti Ros.

  • Dibina di pintu depan pagar rumah atau pintu masuk sesebuah taman.

  • Pembinaan ringkas tetapi cantik dan menarik, senang dijaga serta tidak dibiarkan semak dan berserabut. Pastikan pembinaannya mencantikkan lagi taman, bukan sebaliknya.

  • Letakkan plak seperti ‘Selamat Datang’ atau ’Assalamualaikum’ sebagai mengalukan kedatangan tetamu.

  • Perlu dibina selari dengan tema taman agar nampak serasi dan sesuai.

  • Taman Bali sering mengemukakan pintu gerbang diperbuat daripada susunan batu semula jadi dari gunung berapi yang banyak di Indonesia. Ia elemen keras yang diukir cantik dan jarang digabungkan dengan tanaman hiasan seperti pokok pemanjat dan sebagainya agar nampak lebih gah dan semula jadi.

  • Taman Inggeris biasanya menampilkan pintu gerbang diperbuat daripada besi atau kayu yang cantik dihiasi pokok bunga Ros menjalar di sekelilingnya. Pokok perlu diandam kemas untuk membentuk pintu gerbang yang cantik, unik dan menarik terutama apabila ia mengeluarkan bunga yang cantik, harum dalam pelbagai warna.

  • Taman Malaysia atau Taman Tropika biasanya mengetengahkan pintu gerbang kayu keras seperti Balau dan Cengal. Untuk lebih cantik dan menyerlah, ukir dengan seni ukiran Melayu untuk melambangkan keunikan, keindahan dan ketinggian nilai seni ukiran yang kita miliki sejak zaman berzaman.

    TIP: Gerbang di laman

    Langkah 1
    Pilih lokasi yang sesuai untuk meletakkan gerbang. Pastikan kawasan berkenaan terdedah kepada cahaya mata - hari yang diperlukan pokok memanjat. Pacak junjung di atas tanah atau dalam pasu atau bekas tanaman bergantung kepada kesesuaian.

    Langkah 2
    Pastikan junjung yang dibina kukuh. Jika kukuh, pastikan ia boleh tegak tanpa sokongan dan ditanam 60 sentimeter di dalam tanah supaya stabil. Jika diletakkan di sebelah dinding, tiang kayu atau binaan yang kukuh, junjung lebih selamat jika diletakkan kurungan.

    Langkah 3
    Ketuk gerbang menggunakan penukul dan jika tanah keras tanamnya dalam lubang dan pastikan tanah supaya ia kekal tegak dan stabil.

    Langkah 4
    Pastikan junjung yang dibina mengambil kira bentuk vertikal dan horizontal laman. Jika boleh selaraskan betul supaya ia sesuai dengan laman.

    Langkah 5
    Jika boleh letakkan tiang junjung dekat dengan dinding atau tembok kerana ia akan dapat memastikan junjung tidak beralih atau terjatuh apabila tidak dapat menampung berat pokok apabila tumbuhan semakin matang.

    Langkah 6
    Bagi memastikan tumbuhan memanjat junjung yang disediakan, asuh pokok atau aturkan tumbuhan mengikut ruang gerbang yang disediakan.

    Pilih tanaman memanjat

  • Pilih pokok memanjat dengan daun dan bunga berwarna terang dalam usaha menceriakan laman dan secara langsung menampakkan ruang yang lebih luas.

  • Pastikan struktur sokongan yang betul untuk disesuaikan dengan tanaman yang dipilih supaya tidak mengganggu tumbesarannya.

  • Membeli tanaman memanjat yang ditanam dalam pasu antara pilihan bijak kerana akarnya tidak banyak terganggu apabila ia dipindahkan ke tanah.

  • Tanaman dalam pasu yang dibeli perlu dipastikan juga permukaan tanah tidak diliputi lumut atau akar yang terkeluar dari lubang saliran air pada bahagian bawah pasu.

  • Beli tanaman memanjat yang berkualiti dan bebas serangan serangga perosak

    Tumbuhan Memanjat sesuai untuk Gerbang Laman
    Sirih,
    Timun
    Tomato
    Labu,
    Peria,
    Petola,
    Kembang pagi,
    Kesidang (kerak nasi),
    Pokok duit-duit,
    Pokok bunga kertas,
    Pokok bunga ros,
    Bunga ketup-ketup
    Akar dani
    Bauhinia
    Cissus nodosa 9Pirandai)