KUALA LUMPUR: Express Rail Link (ERL) memenangi Anugerah Perkhidmatan Pelanggan Terbaik bagi Perkhidmatan VIP Ekspres Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) manakala Ketua Pegawai Eksekutifnya Noormah Mohd Noor dipilih sebagai Personaliti Terbaik, pada Anugerah Udara Rel Global 2011.

Perkhidmatan KLIA Ekspres adalah perkhidmatan premium yang menggabungkan perkhidmatan tren dengan perkhidmatan peribadi temu dan sambut, porter dan perkhidmatan limosin eksekutif.
Dalam satu kenyataan, Noormah berkata, anugerah itu memberi dorongan kepada syarikat dan menjadi perakuan terhadap usaha yang dijalankan oleh petugas ERL.


Anugerah Udara Rel Global itu anjuran majlis antarabangsa yang diperkenalkan khusus untuk pasaran udara rel. - BERNAMA