pix_gal0
Kuala Lumpur: Walaupun pergaduhan antara Selangor dan Tentera genap sebulan Isnin ini, tetapi kesungguhan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam menangani insiden itu terus mencetuskan persoalan.

Semalam, Jawatankuasa Tatatertib FAM bersidang membincangkan kes itu, tetapi jawapan yang diberikan selepas itu mengecewakan - masih kekurangan bukti kukuh untuk mengemukakan pertuduhan ke atas pemain yang mencetuskan insiden berkenaan.
“Kami perlu meneliti rakaman video kejadian itu dan jawatankuasa masih mengumpul maklumat sebelum apa-apa keputusan dibuat. Laporan pegawai perlawanan hanya berkisar kepada perlawanan saja dan tidak termasuk mengenai kejadian yang berlaku,” kata Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud (gambar) selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM, semalam.

Rentetan kelewatan Jawatankuasa Tatatertib FAM menyelesaikan masalah itu dengan segera mencetuskan persoalan – adakah ia disebabkan campur tangan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)?
Hamidin nafi campur tangan

BH Sukan sebelum ini melaporkan perlawanan pusingan pertama Piala FA antara kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam 25 Januari lalu, kecoh selepas berlaku kesilapan pengadil, Amirul Izwan Yaccob melayangkan kad merah kepada Shukur Jusoh kerana menyangka pemain tengah Selangor itu sudah mempunyai satu kad kuning.

Walaupun kekecohan berjaya dileraikan namun pergaduhan kembali tercetus sejurus tamat perlawanan di depan bangku pemain Tentera dan ia dikatakan berlaku berikutan provokasi yang dilakukan penyerang Selangor, Afiq Azmi.

Rentetan kelewatan Jawatankuasa Tatatertib FAM menyelesaikan masalah itu dengan segera mencetuskan persoalan – adakah ia disebabkan campur tangan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)?
Tetapi, ia pantas dinafikan Hamidin dan FAM dalam kenyataannya semalam menafikan badan induk itu bersikap berat sebelah dalam menangani isu kekecohan membabitkan pergaduhan antara pemain Selangor dan Tentera berkenaan.