login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Ekonomi
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

FBM KLCI naik 16.2 peratus
Oleh Azli Ayob
azliayob@bharian.com.my
2010/12/31

pix_gal0
Dagangan ditutup pada 1,518.91 mata berbanding 1,272.78 tahun 2009

BURSA Malaysia mengakhiri dagangannya bagi 2010 dengan menyaksikan penanda aras utamanya, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 16.2 peratus atau 246.13 mata apabila ditutup pada paras 1,518.91 mata semalam daripada 1,272.78 mata pada hari dagangan terakhirnya untuk 2009.
Bursa tempatan mengakhiri dagangan tahun ini sehari lebih awal apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai kejohanan Piala Suzuki AFF.
Ia bagaimanapun ditutup lebih rendah dalam dagangan semalam, jatuh 5.43 mata daripada 1,524.34 mata kelmarin.

Sepanjang tahun lalu, FBM KLCI turut mencatatkan paras penutup paling tinggi dalam sejarah iaitu 1,528.01 mata 10 November. Ia juga mencecah paras dagangan tertingginya pada 1,531.99 mata pada hari berkenaan.

FBM KLCI adalah indeks penanda aras yang mencatatkan prestasi keempat terbaik di Asia tahun ini selepas Indeks Komposit Jakarta, Indeks Komposit Filipina dan SET Thailand.

Penganalisis pasaran menjangkakan aliran positif itu mampu berterusan pada 2011 dengan dagangan saham dijangkakan bertambah rancak dipacu oleh sentimen pasaran yang lebih baik.
“FBM KLCI mempunyai prospek yang baik tahun depan dan dijangkakan bergerak sekitar 1,650 mata,” kata MIDF Research.

Firma penyelidikan pasaran itu turut menjangkakan pasaran tempatan akan terus menjadi destinasi kemasukan dana asing tahun depan apabila FTSE mengklasifikasikan semula Malaysia sebagai “Advanced Emerging Market” (Pasaran Sedang Meningkat yang Maju) bermula Jun 2011.

Klasifikasi semula itu dijangka menarik sebahagian dana asing yang sudah sedia menjejaki indeks FTSE global yang dianggarkan bernilai AS$3 trilion (RM9.3 trilion).

Ketika ini, hanya empat negara Asia iaitu Hong Kong, Jepun, Singapura dan Korea Selatan yang berada dalam kategori itu.

Ketua Penyelidik di TA Securities, Kaladher Govindan, berkata dengan begitu banyak berita positif bakal diumumkan, 2011 dijangka satu tahun yang dianggap baik untuk pasaran saham tempatan.

Beliau berkata, keinginan kukuh kerajaan mempercepatkan pelaksanaan projek menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP), potensi pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat, aliran dana asing yang lebih banyak dan kemungkinan pilihan raya umum tahun depan dijangka menjadi pemangkin kepada indeks untuk mencuba tahap ketinggian terbaru dalam sejarah iaitu 1,820 pada tahun depan.

Affin Investment Bank turut menjangkakan pelaksanaan pelbagai projek menerusi ETP dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan indeks penanda aras bursa tempatan tahun depan.

“Langkah melaksanakan pelbagai projek itu akan menjadikan bursa tempatan lebih menarik di kalangan pelabur tempatan dan asing,” kata bank pelaburan.

Affin Investment Bank berkata, jangkaan lebih banyak pengumuman berita positif tahun depan bakal memacu pergerakan indeks penanda aras untuk mencecah paras 1,630 mata, lebih tinggi daripada sasarannya pada 1,600 mata sebelum ini.

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker