Sentimen anti-Jepun paling teruk di China dalam masa beberapa dekad menyebabkan demonstrasi hujung minggu dan serangan ke atas lokasi perniagaan terkenal Jepun seperti pengeluar kereta, Toyota dan Honda.
Warga Jepun takut
Saya tidak keluar dan meminta teman lelaki warga China menemani saya sepanjang hari esok, kata penuntut lepasan ijazah di sebuah universiti di Shenzhen, Sayo Marimoto, 29.
Suri rumah warga Jepun, Kayo Kubo, yang tinggal di Suzhou, berkata keluarganya dan beberapa keluarga senegara tidak keluar rumah kerana takut dengan bantahan hujung minggu di beberapa bandar raya.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei, berkata kerajaan akan melindungi firma dan warga Jepun dan menggesa penunjuk perasaan mematuhi undang-undang. Pembelian Kepulauan Diaoyu oleh Jepun secara tidak sah memberi kesan buruk dan Jepun perlu bertanggungjawab.
Perkembangan bergantung kepada sama ada Jepun mahu berdepan dengan pendirian tegas China dan sama ada ia mahu berdepan dengan desakan mendapatkan keadilan daripada rakyat China dan mengamalkan pendekatan dan tingkah laku betul, katanya pada sidang akhbar.
Reuters
